Kalau kita pasang telinge… eh bukan.. curik2 dengar perbualan orang.. eh curik dengar tu maksudnya terdengar secara tak sengaja..hehehe mesti banyak yang boleh kita dengarkan. Yelah mulut masing2 mestilah nak bercakap jer kojer nye, selain mengunyah makanan mulut boleh di gunakan juga untuk membodek.
Situasi A : berjalan ke k.epsi membawa perut yang kebuluq kan zinger burger. Sambil pasang telinge… “weh boleh tak ko tolong masuk duit dlm akaun aku… aku tak cukup duit laa” tetibe terpasang teligne kat mahluk lain pulak “I tak boleh guna maybank card, why not you balik opis dulu… bla bla bla” seriesly tak leh nak hadam apa masalah di situ…
Situasi B pulak : di dalam k.epsi… “er saya nak egg tart tu satu tapi nak yang garing”… “kita ada nasi ayam k.epsi jer nasi lemak takde” …. “dorang nih tak reti nak kemas meja ke?” itu contoh-contohnya.
Eh macam-macam lah persoalan, macam-macam lah masaalah orang-orang-ramai-nih. Itu termasuk ahkak laaaaaaaaaa… laaaa termasuk ahkak ker…. Laaaaa??... masalah TERBESARRRR hari ini, dapat turn no. kat pejabat kerajaan yang memang sibukk sangat tuu… dengan memegang no. yang ke 195! Almost gelak guling tangga, crying like anak itik lupa jalan pulang, biar mimpi sampai ke bintang….. best kan drama tuu best nya lah kalau ada kawan sengal yang bagi ipad2 pree2… hehehehe [BERHARAP]
Banyak sangat-sangat masalah hari ini. Tapi seronok nya masalah itu selesai… ALHAMDULILLAH!... dan sebagai mengenang masalah silam baiklah menerima award dari diri sendiri… yay.. yay… dapat sehelai kurung hijau dan sehelai selendang biru…. Eh eh tak matching eh.. berlaku kekeliruan warna di situ. Dan sekarang aku nak cium bantal, peluk tilam, tarik selimut….
Opsss perut berbunyi lagi! Telah skip lunch yang sempurna, hanya dapat mengigit roti burger yang keras. Seriesly kalau mahu makan burger beratur lah di MekD… itu pengajaran yang pertama. Yang kedua jangan malas amik cili sos… maka nya terjadilah proses menelan secara paksa. Yang ketiga…. Malu bertanya sesat jalan…. Jangan tanya pendapat seorang, tanya pendapat dua orang. Yang seorang mungkin kata tidak yang se-dua-orang tu mungkin kata YA… lepas dah tanya kedua-dua orang maka nya buat lah keputusan sendiri… sebab hanya en. Johari mengenal en. manikam. Ada mulut tanya jangan buat persepsi sendiri.. ada jari tekan SMS jangan tekan tersalah nombor… hahahaha
Tanpa membuang masa TIDUR……
setelah kerja 12 jam maka lagu ini telah memberi kesan yang CHILL hahaha
Home! Let me go home!
Home is wherever I'm with you!
setelah kerja 12 jam maka lagu ini telah memberi kesan yang CHILL hahaha
Home! Let me go home!
Home is wherever I'm with you!
p/s : masalah datang masalah pergi, tapi kita ada DIA. #oh.exhausted#



0 bebelan:
Post a Comment