Tuesday, December 20, 2011

We Care We Share by Telekung Project

Hari ni saya ingin kongsikan satu cerita hebat. Cerita ini simple, tapi mempunyai keazaman yang tinggi, istimewa sebab bukan semua orang mampu melakukannya, lebih bermakna kerana Allah temukan saya dengan sahabat yang begini, yang hari ini buat saya fikir puluhan kali dan merenung diri sendiri… menarik nya lagi cerita ini bermula di Muka Buku... bukan Muka Tembok dan judul cerita ini pula bukan Cinta Muka Buku… judul cerita ini sangat cantik iaitu “TELEKUNG PROJECT”

Facebook tu kalau kita gunakan kearah yang baik, maka baiklah ia.. kalau kita gunakan untuk propa, menangisi nasib atau tujuan memerli si fulun itu ini, maka dapatlah kita sahabat yang begitu juga. Jika kita wujudkan satu community yang mengajak untuk membuat kebaikan, kebajikan, maka di situ berkumpul lah sahabat yang baik2 juga. Walaupun dengan jumlah yang sedikit tapi jika dapat membuka peluang dan ruang untuk seorang sahabat membuat sedikit kebaikan pun dan cukup… kan?

Saya sangat berterima kasih dengan TELEKUNG PROJECT, sangat terharu dengan usaha & keazaman sahabat-sahabat di situ. Walaupun saya tak pernah jumpa pun admin TELEKUNG PROJECT nih tapi saya percaya dengan kebolehan, kejujuran, keupayaan beliau. Susah memang susah, cabaran memang banyak, kalau tak kuat boleh tersungkur… tapi saya tetap percaya beliau mampu.

Saya pernah story-mory kot pasal TELEKUNG PROJECT nih, tujuan project ini adalah untuk mengumpul telekung-telekung wakaf, dibawa balik untuk di cuci, di pulangkan selepas di cuci, dan mengumpul telekung2 baru atau terpakai yang masih elok dan di letakkan di wakaf sebagai ganti sementara telekung wakaf siap di cuci.

Admin Telekung Project memberi peluang pada kita yang mahu rebut peluang. Kita berikan telekung2 terpakai atau jika mampu berikan yang baru kepada admin dan mereka akan letakkan telekung2 ini di wakaf sementara proses mencuci telekung wakaf siap. Satu cara untuk menambahkan saham akhirat. InsyaAllah..

Kini TELEKUNG PROJECT melangkah ke satu lagi project yang InsyaAllah akan bagi kebaikan pada semuaaaa yang mahu rebut peluang.


Amacam??... menarik tak? Menarik tak??... saya kagum, cemburu, seronok, hari2 balik rumah nak on Facebook laju-laju carik TELEKUNG PROJECT. Nak tahu perkembangan project yang kadang2 rasa seronok kadang rasa susah hati juga. Yang duk organize lagilah macam2 perasaan kan.

Project terbaru “WE CARE WE SHARE” ini adalah untuk meraikan anak-anak yatim & asnaf. Memberi sumbangan stationery untuk kegunaan persekolahan mereka. Matlamat Gathering adalah untuk membina ukhwah, mengeratkan silaturahim dan memupuk kasih sayang sesama saudara ISLAM tanpa mengira lapisan latarbelakang dan status sosial. Bersosial sambil beramal.

Saya ingat lagi komen admin TELEKUNG PROJECT ini… yang dia tidak meminta tetapi dia memberi peluang. Ada peluang buat kebaikan kita rebutlah sebab mungkin peluang tak selalu datang. Rezeki yang kita ada bukan milik kita.. berilah pada yang memerlukan. Mungkin kita rasa rezeki kita tak cukup untuk beri pada anak-anak yatim. Tapi fikir lah sekali lagi, jika kita mampu bayar bil astro, bil handphone, mampu pakai Blackberry, ada tudung berhelai-helai (aku letew), mengapa kita tak mampu nak kongsikan sedikit apa yang ada tu dengan anak-anak KITA ni?..

Sekurang-kurang nya kita ada mak ayah untuk di peluk cium, ada rumah sendiri untuk didiami, ada kenderaan untuk ke sana sini, ada pakaian cantik lengkap sempurna… bila kita sedeh putus cinta ker.. kita mampu lagi cari alternative lain sebagai ubat sedeh. Tapi anak-anak kecil nih??... pada siapa mereka nak mengadu nasib, pada siapa mereka nak minta pakaian cantik2, nak merasa main game Angry Bird ke, nak ada set mainan masak-masak ker…. Nak rasa belai manja …

Saya bukanlah seorang yang prihatin dengan perasaan orang lain. Tak pernah tanya pun apa keperluan mereka yang susah tu. tengok dari jauh dan hulur dari jauh. Padahal sebelah rumah saya nih pun ada juga anak-anak yang kehilangan ayah sejak kecil…… apa sumbangan saya pada mereka?? #merenung.diri# usaha perbaiki diri.

saya mengajak semuaaaaa yang baca entry nih, ramai2 LIKE “TELEKUNG PROJECT” ikuti perkembangan mereka, baca cerita HEBAT mereka, objektif dan atucara projek yang tak lama jer nanti 31 Disember, usaha sahabat2 TELEKUNG PROJECT… dan yang paling saya suka dengan page ini sebab ada baaaaaaanyak sangat gambar-gambar-dan-gambar! Support mereka, contact mereka, tanya lah apa keperluan mereka, kalau malu… tanya jer saya ^_____^ ini bukan kerja mudah tapi kalau dalam hati kita ada niat untuk membantu maka usahakan lah.

project di usahakan dengan sokongan & sumbangan sahabat2 TELEKUNG PROJECT dan meraikan VIP kita iaitu anak-anak KITA.

p/s: kalau kita rasa kita nih keseorangan, kesunyian, dalam kebosanan.. fikirkanlah sekali lagi..

0 bebelan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...