Sunday, January 22, 2012

matluthfi a.k.a lee minho kembali

Assalamualaikum ^^

Video osem terbaru dari matluthfi yo! weeehhhheeeee


Adakala lebih baik juga menjadi lalang, tidak mendatangkan hasil yang banyak tapi tumbuh dengan lebat dalam satu kumpulan yang banyak. Tumbuh bersama-sama dan mati juga bersama… seia sekata.

Politik… memang tak minat dan semakin lama makin jelik dengan permainan politik. Susah benar nak carik titik persamaan, tiada yang mahu mengalah, yang benar akan di salahkan dan yang salah akan di benarkan. Di manakah keutamaan bagi rakyat yang kacak bergaya keluar mengundi ini? Bantuan-bantuan datang dan pergi, tapi sedarkah mereka bukan bantuan yang kami tagih? Titik persefahaman itu di mana ye??....

Projek rumah terbengkalai kerana politik, jalan tak siap kerana politik, surau di robohkan kerana politik, lebih parah agama digadai kerana politik?... ohhhh saya sekadar pemerhati yang mahu melepaskan rasa ketidakpuasan bukan mahu mengajar atau bekurang ajar. Jangan tangkap saya jangan!

Lalang selalu dicantas dengan alasan menyemak mata memandang. Dilabel dalam peribahasa melayu sebagai tiada pendirian… bukankah setiap ciptaan Allah itu ada kegunaannya?.. Lalang apakah engkau diciptakan untuk manusia-manusia yang mahu berfikir?

Tidak memihak pada sesiapa kecuali rasa teruja sangat dengan video Matluthfi yang iras-iras Lee Minho tu… pandai gile kau ber’shuffle. “Because I’m notty notty”……

0 bebelan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...