Thursday, May 25, 2017

Overland: Hat Yai - Krabi (Part 6)

Assalammualaikum

pic. google

Aktiviti hari ketiga di Krabi ini langsung tak termasuk dalam itinerary. Aktiviti yang aku buat secara
spontan atas alasan duit bhat hampir kurang, mencari aktiviti yang tak perlu belanja tinggi, mahu mencuba aktiviti tak melibatkan air dan apa salahnya aku mencuba aktiviti hiking pula.

viewpoint number one

Malam sebelum hiking aku dah daftar nama kat reception kaunter Pak Up Hostel untuk join hiking ke Naga Trail. Masa tu aku orang ke-21 yang register, jadi aku tak risau sangat bila berada dalam kumpulan yang ramai. Lepas register aku google info pasal Naga Trail, review dari travelers kat Tripadvisor semuanya kata berbaloi-baloi panjat trail nih. Tak perlu stamina yang bombastic sangat pun takpa, pakai selipar pun boleh, janji bawa air yang mencukupi. Trail tak panjang cuma 3.7km tapi curam, banyak pokok-pokok dan akar-akar besar serta berbatu-batu. Okay i can do this... aku cakap dalam hati.

Pagi sebelum ke Naga Trail aku check-out, simpan bag kat Pak Up Hostel dan tunggu teksi yang akan membawa kitorang ke sana. 'Kitorang' disini merujuk kepada ramai sangat orang... penuh sebuah teksi 10 seater, sebuah kereta pick-up 15 orang dan beberapa biji motor yang menuju ke Naga Trail. Mat salleh nih sempoi jer ride motorbike tak pakai baju.. .seluar pakai laaa. Yang perempuan pun sama... eh dorang pakai baju, maksud aku sempoi jer merempit. Rugi juga aku nih tak pandai merempit, kalau tidak mau lagi jauh langkah aku kat Krabi. Naik teksi 150 Bhat seorang return dan bayaran masuk ke Naga Trail 20 Bhat. Murah compare dengan pakej Phi Phi Island 650 Bhat seorang which is aku tak mampu. Travel tak perlu duit yang banyak, cuba minimize kan your money and maximize your experience. Gituuu... melainkan kalau travel dengan kakak-kawan-kau-yang-banyak-duit-taktau-nak-buat-apa errrr.....

Perjalanan dari hostel ke Naga trail melalui perkampungan orang Islam sebab aku perhatikan banyak surau-surau di sepanjang jalan. Ramai juga orang perempuan bertudung yang bawa motor atau berjalan kaki. Sebelum sampai ke Naga Trail akan dihiasi dengan pemandangan tepi laut. Dalam teksi nih aku layan diri sendiri jer, minah-minah salleh semua sembang kencang dengan bahasa masing-masing. Diorang ni ada yang dari German, Netherlands, France... eh taktau laa aku nak bezakan. Dan semuanya muda-muda...ada seorang tu dari Switzerland umur 21 dah travel sorang-sorang. Budaya travel nih memang dah jadi kebiasaan pada mereka agaknya. Mungkin pada orang Asia umur 21 tahun dianggap masih mentah dan tak diberi kepercayaan untuk mengembara jauh-jauh bersendirian. Mungkin kena didik anak-anak dari awal untuk berdikari dan bekalkan ilmu yang cukup supaya mak-bapak pun tak risau nak lepaskan anak-anak.

 

Okay laaa jom pergi daki Naga trail atau dalam nama Thailand dia Tab Kak-Hang Nak Hill. Lain macam betul semangat aku nak mendaki nih. Tak pernah kut aku mendaki mana-mana bukit. Jadi sebelum mendaki aku dah set dalam kepala nak kekalkan momentum ikut langkah group mat salleh nih semua. Tak nak ketinggalan jauh dan aku mulakan langkah di tengah-tengah kumpulan. Lima belas minit pertama gembira tak terkata, trail pun cantik, dorang bergerak tak laju tapi konsisten melangkah. Aku masih boleh ikut lagi sebelum sampai ke trail yang sedikit sukar sebab banyak halangan batu-batu dan akar-akar pokok. Ok lagi tu sampai lama kelamaan aku dah mula berpeluh, jantung mengepam darah laju-laju, kaki dah berat melangkah dan akhirnya aku mula berhenti ke tepi bagi laluan pada orang belakang.

Aku toleh ke belakang tengok ada 3 orang perempuan dari group yang sama, melangkah perlahan sama macam aku. Kitorang jalan sama-sama sambil diorang pun mengeluh dan tertanya-tanya apesal group depan tu jalan laju sangat. Sekejap-sekejap kitorang berhenti rehat dan masa tu aku rasa nak patah balik jer dah. Tapi dah sampai jauh-jauh ni, tak tentu bila lagi boleh datang sini, kalau patah balik lagi rugi besar kan. Jalan jer laa macam siput pun dan akhirnya aku tak nampak dah kelibat 3 orang perempuan tadi. Jeng jeng jeng seram tak kena tinggal dalam hutan sorang diri? Tak seram sebab ada music orkestra live dalam hutan ni. Serius bunyi serangga dia macam konsert live tau, satu spesis serangga berbunyi spesis yang lain bersahut-sahutan. Dalam menikmati konsert live tu kaki tetap minta direhatkan berkali-kali, sah laa aku akan jadi orang terakhir dari group ni yang sampai ke puncak.

Alhamdulillah walaupun trail sangat mencabar tapi anak panah sepanjang laluan sangat-sangat membantu. Mudah untuk di ikuti dan aku berdoa jer agar tak sesat dalam hutan. Hati rasa lega bila jumpa pendaki-pendaki yang mula turun dari bukit nih, agaknya seawal pagi dah mulakan pendakian. Asal jumpa jer sesiapa aku akan tanya 'jauh lagi ke?' sebab nak naikkan semangat. Jumpa beberapa anak-anak mat salleh umur 8 ke 10 tahun yang turun sepanjang mendaki ni. Tak tercunggap-cungap pun relaks jer mandi peluh.

Sebelum sampai ke puncak  ada air terjun, tapi aku skip air terjun ni dan aku percaya group yang aku follow pun tak pergi ke laluan air terjun nih. Sebab tak cukup masa, aku pun taknak buang masa takut nanti aku sampai ke puncak diorang dah nak balik pulak. Makin jauh mendaki laluan menjadi semakin curam, penuh dengan batu-batu besar dan tajam, ada batang-batang pokok besar gedabak tumbang menghalang laluan. Nak tak nak kena redah juga dan akkhirnya syukur Alhamdulillah sampai juga  ke viewpoint pertama. Tapi belum sampai puncak lagi, kena daki sikitttttt jer lagi tuu.

Kepuasan itu diraikan sendirian takde sesiapa di viewpoint pertama ni sebab semua dah bergerak ke viewpoint kedua. Berhenti di sini ambil angin nikmatnya dapat enjoy scenery dari puncak bukit penat pun hilang sekejap. Pemandangan seluas ini kita dapat lihat bila berada di atas, di bawah pemandangannya tak sama.

Dari viewpoint pertama kena mendaki lagi 1km melalui pokok-pokok renek pula. Laluan pun dah tak berapa curam macam mula-mula tadi. Kalau tadi penuh pokok-pokok besar dan redup jer, yang ni dah nak hampir ke puncak pokok pun tak banyak dan terasa panas mentari. Akhirya....yeay viewpoint kedua! Tak sangka berjaya sampai ke sini. Viewpoint kedua lebih luas dari yang pertama tadi. Memang port cantik untuk ambil gambar. Masalahnya siapa nak snap gambar aku huuhuu. Dari sini dah boleh dengar suara-suara group members aku tadi.. nak dekat sampai puncak laa tu maknanya. Tapi aku tengok makin bertambah susah pula laluan nih....

Macam ni haaa.
Merangkak.. 

Kalau dah macam ni bukan mendaki lagi dah kena merangkak pulak tau. Takpee sikit jer lagi pujuk hatiku kepada kakiku.

Akhirnya Alhamdulillah sampai ke puncak Naga. Tetibe ada seorang member group nih teriak 'yeah you've made it!' hahahha diorang ingat aku dah give-up patah balik. Cissssssdell. Anyway terasa sangat kepuasan dapat jejak puncak Naga Trail, berpeluh sakan hakak tau, kaki yang tadi berat laju jer melangkah nak join geng yang sedang excited bergambar tu. Diorang pun cepat-cepat suruh aku posing, yang aku ni taktau pape pergi jer laa duduk kat kepala 'naga' tu. Bila tengok gambar... haaaa begini rupanya.


Best betul sampai ke puncak. Ni pengalaman pertama daki bukit / gunung. Aku tak tau hiking ni susah gilaa. Kalau aku tau memang aku tak buat perangai gamble camni. Tapi elok juga aku tak tahu sebab dari tak tahu aku jadi tahu dan aku enjoy aktiviti hiking ni dan bila penat aku dapat tidur yang paling berkualiti dan kaki kejung 3 hari! Semua tuuu berbaloi!
Daisypath Friendship tickers