Sunday, January 31, 2016

Solo Backpacker Wannabe

Assalammualaikum

Semenjak dua menjak dan tiga menjak ni aku selalu tengok travelogue "Kembara Backpackers Bersama Moji". pelat huruf 'R' dia mengingatkan pada diri aku sendiri masa zaman kecik-kecik dulu. dah laa nama aku banyak huruf 'R' bayangkan macam-mana aku sebut nama sendiri dulu-dulu?. macam nieh 'ghaghizawati' hahahahha... pastu aku berazam nak sebut 'R' betul-betul. kalau tak aku pun jadi macam Moji heheheh dak bukan nak kutuk Moji, comel apa pelat-pelat nih. bukan saja buat-buat kan, dah semulajadi.

dalam pelat-pelat Moji ni, best gila kut travelogue dia. ingat senang nak shoot sambil kembara bawak backpack besar gedabak, sesat sana sini, nak transfer dari satu tempat ke tempat lain. tapi entah kenapa aku rasa seronoknya tengok mamat nih, exciting nye kembara dia, eh dia boleh buat aku pun boleh kut. dari situ terus berazam nak betul kan sebutan 'R' si Moji. ehhh tak tak biarkan dia kembagha.... eh.

aku berazam nak follow step si Moji ni dan menghasilkan impian 'Kembara solo backpackers wannabe bersama Kakak'. heheheheh maka atas izin Allah dan izin mak bapak (walaupun aku bgtau last minit) maka terjadilah satu sejarah utk aku travel alone ke Langkawi. tempat yang aku agak familiar, selamat bg aku, tak perlu nak keluar masuk Immigration. makanan & bahasa yang sama, Malaysia kan.

aku letakkan kembara solo ni sebagai mission sebelum cecah umur 40 tahun. sebab tu ianya terlaksana dgn agak cepat juga sebab angka 40 tuu tak lama pun lagi. hehehheheh.......

takde plan yang gempak sangat pun. yang penting kena study tempat yang kita nak pergi tu. banyakkan bertanya atau google pengalaman-pengalaman backpackers sebelum ini. cari maklumat tentang transport dari satu tempat ke tempat yang lain. berapa tambang, schedule ferry, cari hostel murah tapi selamat dan bersih, apa attractions tempat yang nak pergi tu. tema apa yang korang nak samada pulau, pantai, outdoor activity, jalan-jalan cari makan, shopping, lawatan sambil belajar... hmmm senaraikan ikut kegemaran sendiri. sendiri disini tiada campur tangan orang lain, maka kau bebas cipta tema percutian kau. wooohoooooooo....

seronok sebenarnya travel solo nih. paling seronok bila jumpa strangers, sembang dgn strangers, bertukar-tukar pengalaman, bersibuk-sibuk teka umur dan tertanya-tanya eh dia single lagi ke camne? ehhh tak laa... tapi tu lah bila travel sendiri automatic kita pandai cari kawan nak ajak sembang. dengan pakcik teksi pun boleh menyembang hal padi, tebu, harumanis. bila travel dengan kawan-kawan, geng kita kelompok itu sahaja. tak fun sangat sebenarnya sbb kau dah tahu background & pengalaman hidup kawan kita tu. tapi ini pengalaman seorang taxi driver, tak sama kut dengan orang yang kita pernah jumpa sebelum ini.

Since aku masih noob dengan solo backpack ni ada baiknya aku kongsi sikit tips dari kacamata single traveler seorang perempuan yang nubis, kubis dan kudis ini..... untuk rujukan masa depan.

  • pilih destinasi yang kau rasa selamat, sesuai, selesa untuk travel sorang2
  • plan itinerary yang simple. jgn tamak nak cover seluruh area dah otai nnt bolehlah cover satu negara
  • study tempat yang nak dituju. jarak perjalanan dari satu point ke point yg lain supaya kau ada gambaran tempat & anggaran masa. sekarang kan dah ada google maps.. senang sikit
  • dah kembara solo kena pandai buat bajet utk makan, transport, accommodation, shopping etc.
  • pilih bajet hotel ikut kemampuan, kalau nak stay hostel bg perempuan sila pilih Female Dorm (tanya property owner ada bilik utk solat tak)
  • jangan terlalu jujur dengan strangers, bukan suruh menipu... tapi contoh kalau org tny "dtg sini ada keje ke kak"... kau iyekan ajer laaa hehehehe utk keselamatan
  • pergi ke tempat tumpuan pelancong, jgn pergi celah-celah lokasi yang takde orang sangat
  • elakkan keluar malam-malam sampai ke larut malam
  • kalau jumpa solo traveler buatlah dia jadi kawan, at least boleh juga plan aktiviti sama-sama atau boleh share transport dan share pengalaman. tapi agak-agak juga dlm berkawan tu
  • datang tempat orang jgn sombong, cuba bawa bersembang dan banyakkan bertanya dgn local people kat situ. dorg ni lebih tahu tentang tempat mereka berbanding kita
  • paling penting jaga barang-barang yg anda bawa. sbb bila travel dgn kawan2, kalo ada barang tercicir / terlupa bawa...  kawan masih boleh tolong tapi kalo dah travel alone? hmmmm...
saat keluar jer dari rumah untuk mulakan pengembaraan, teruslah belajar biasakan diri adapt dgn suasana baru. tukar pemikiran dan lari cepart-cepat dari comfort zone. sebab kita tak tahu apa yg bakal kita lalui. mungkin train delay 2 jam, mungkin tiket feri dah habis, mungkin tak jumpa hostel. jadi bertabahlah sebab jalan ini yang kau pilih, lalu Jalan Terus!

Monday, January 25, 2016

Post Travel Depression (Langkawi)

Assalammualaikum

Aku ada pengalaman best nak share kat blog, jadi sebelum aku terlupa dengan pengalaman yang paling best dalam sejarah kehidupan aku ni, lebih baik aku blog cepat-cepat. Walaupun apa yang aku nak tulis ni, bukanlah itinerary trip ke Langkawi. Ini lebih pada post travel depression atau dalam bahasa melayu nya tekanan setelah melancong? Haa gitu laaa

Dulu aku tak percaya dengan perkara ni, mana ada orang pergi travel best-best lepas tu bila balik dia rasa down. Mestilah rasa lebih semangat nak rajin-rajin kerja, kumpul duit dan plan next trip yang lagi best. Sebelum ni itulah yang aku rasa..... pergi travel, kumpul keriangan, pengalaman di tempat orang, shopping apa yang takde ditempat sendiri kemudian balik dan teruskan hidup macam biasa. Itu perjalanan sebelum ini bersama beberapa kumpulan kawan-kawan.

Tapi kali ni lain...... aku rindu excitement sebuah perjalanan yang aku susun secara sendirian ke Langkawi selama 4 malam 3 hari tu. Ye sendirian, travel solo, sorang-sorang. I am officially a solo backpacker wannabe KAHKAHKAH. and Alhamdulillah am survived. tak pernah fikir aku mampu travel alone, sebagaimana aku tak pernah fikir aku akan mengalami post travel depression ni. Kau tahu..... it's anti climax. Sebelum travel tu aku dah plan itinerary, buat plan A & plan B, aku beranikan diri stay kat dorm (yang aku was-was selamat ke tidak), terfikir-fikir mampu ke aku mingle around dengan strangers. Dan bila balik ke tempat asal aku rasa down pasal melalui rutin yang sama.

Gembira tu ada, sebab dapat jumpa family, dapat baring atas katil yg lebih selesa, dapat buat aktiviti harian macam biasa.... tapi tetap anti climax. Dan takde siapa faham apa yang kau lalui, sebab kau travel sorang. Dorang tak tahu keseronokan pengalaman yang kau lalui, perubahan yang kau lalui, macam-mana berdikari nya kau di tempat orang, bagaimana kau bercampur gaul dengan strangers. Semua tu kau rasa sendiri dan kau berharap bila kau balik ke tempat asal semua orang pun akan melalui perubahan. Tapi tak, mereka melalui rutin sama sebelum kau pergi tinggalkan mereka 4 hari lepas.

Tapi itu bukan salah & masalah mereka. Itu masalah aku yang aku namakan post travel depression. Kalau travel with group of friends takde rasa begini. First time rasa begini sebab first time travel alone. Tak mengapa, akan ku cuba atasi rasa down ini.

Paling hebat rasa rindu kat orang-orang baik hati yang aku jumpa sepanjang perjalanan. Rindu ombak, laut, mangrove, sunrise, sunset, pasir pantai, semuanya yang aku tinggalkan yang aku akan jumpa entah bila, bergantung pada apa yang telah dirancang oleh Allah. Kita plan, Allah pun plan dan plan Allah lebih baik. Yang aku belajar dari perjalanan solo ni, semua orang sedang struggle dengan masalah masaing-masing. Tapi semua orang seboleh mungkin, cuba menikmati kehidupan yang Allah dah bagi pinjam setiap hari.

Cubalah senyum pada strangers, berkata dan bersangka baik pada strangers, hati-hati itu perlu tapi bila kau cuba bergaul sikit-skit dgn dorang kau rasa hebatnya mahkluk yang nama manusia ni. Sama.... tapi pelbagai.  Be strong.

terbang

Sunday, January 17, 2016

Penang 2015 - Part 3 (Art Street)

Assalammualaikum

Dah masuk part ke-3 Penang Trip 2015 nih, berdoalah mintak tak meleret entry ke Penang nih, takut nanti mendatangkan kebosanan pulak. Kali ni kita jelajah Art Street celah-celah Armenian Hotel tu. Hotel yang kami duduk nih memang senang nak ke Art Street. Kalau rajin dan penuh semangat nak bergambar kat semua mural kat area Georgetown ni, amiklah peta kat lobby hotel tu. Ikut peta tu pergi jejak semua mural. Jalan kaki atau sewa basikal, 3 seater bicycle, beca ikut suka. Jelajah setiap lorong dan bergambar sepuas-puas hati macam esok tak mai Penang lagi.

Kami nih takde laa nak jelajah semua mural kat Georgetown tu. Lagipun dah tak sesuai dah nak bergambo sakan macam anak-anak remaja sekarang hahaha. Nak pura-pura posing bagi nampak real dan match dengan setiap mural tu pon dah tak mampu. Kena gelak dek orang jer nanti. Tapi kadang-kadang bila dibagi peluang, terlebih pulak posing nya. Ahhhhh sudah laaa... jadi kakak prefer amik gambo mural jer dan sesekali terselit gambo kakak kakahkahkah

kebanyakan mural disini dijaga dengan baik.
belum tercemar dengan vandalism.

malas jalan kaki, naik beca. tapi beca sini best aman jer.....
 takde pasang lagu kuat2 dan takde hiasan bunga setaman

old building. old is gold bebeh

owl dari rangka beskal

owl yg memahami adalah owl yg pandai berdiri

pussy cat yg pussy adalah yg pandai bermain hula hoop

gadis sopan

Selain daripada mural jalanan ni, korang boleh juga pergi ke Penang 3D Art Museum atau Made In Penang Museum. Fungsi dua tempat ni sama jer... bergambar laaa bagai esok kamera kau rosak. Kami pergi ke Made In Penang sebab 3D Museum tu sesak sgt. Dari luar museum queue dah panjang, kat dalam macam sardin, parking takde so kami amik alternatif lain masuk Made In Penang. Jarak antara dua tempat ni dekat jer, pusing-pusing kat situ jugak. Sebelum entrance ke Made In Penang ni pun dah banyak mural, korang boleh posing free-free kat situ. Nak masuk dalam tiket RM15. 

Penang Amazing World, sebelah Made In Penang Museum tu.
entrance fee not sure berapa. kami lalu amik angin.

 berkelah di lokasi tipu daya

 sambil tu bagi monyet makan pisang dan celup tangan dlm air terjun.
uiiiiiiii sejuk nya air terjun
 
aisehhhh tak jadi lak aksi kakak

 dua aksi yang tak perlu difahami

 nasib baik ada sekeping dua gamba yang menjadi

mural yang paling femes. 

Not bad jugak tarikan di Art Street Penang ni. Yang pasti dengan adanya mural-mural di sekitar lorong bandar Georgetown ni dah membantu orang-orang yang duduk disekitar kawasan ni menjalankan perniagaan. Bayangkan ice kepal yang biasa-biasa tu pun boleh laku keras sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Souvenir / merchandise art street pun jadi pilihan. Cuma tempat ni sesak sangat sebab jalan kecik-kecik kan, nak-nak during peak season. Bawak lah air kosong, panas weh Georgetown ni dah dekat dengan jeti kott.. haba laut naik sampai ke muka.

Ok Part 3 berhenti kat sini, part 4 akan menyusul dengan hashtag Penang Food Heaven!

Saturday, January 9, 2016

Penang 2015 - Part 2 (Bukit Bendera)

Assalammualaikum

Masih lagi di Penang kali ni jauh sikit dari Georgetown kita naik ke Bukti Bendera. Sarapan dulu di Pasar Taman Tun Sardon yang terkenal dengan Serabai, Moi & Sandwich ketam dia. Last datang Pasar Sardon ni tahun 2012. Sampai tahun 2015 aku masih teringat-ingat kesedapan Moi... fuhhh dan rasa Moi dia sama sepanjang 3 tahun ni rupanya. Serabai first time cuba pasal sebelum ni asal datang jer abis, asal abis jer kedai tutup. Kali ni tak kempunan dah, tah tahun bila tah lagi nak datang?

Serabai, Sandwich ketam & daging, teh-o suam
Moi tak nyempat posing, dia cepat-cepat masuk ke perut

Dah kenyang barulah boleh mendaki dengan bantuan train laju. Bukit Bendera sekarang dah ada parking lot. Sebelah dia dah buat parking bertingkat tapi tetap susah nak cari parking. Ramai sangat nak naik ke Bukit Bendera padahal awal lagi rasanya kami datang. Datang laa seawal-awal pagi untuk dapat parking yang dekat, jangan jadi macam, kami terpaksa parking depan restoran cina.


Kalau sanggup beratur panjang beli tiket, sanggup tunggu turn laaaaaaaaama untuk naik train dan memang jenis suka menunggu dengan sobar dan redho hang boleh beli tiket normal lane RM10. Kalau tak sanggup hadapi rintangan lautan manusia dan tak nak make-up cair amiklah tiket Fast Lane RM30. Cuma Fast Lane ni tricky sikit, dia tak mention pun nak beli tiket kat mana. Kena pandai-pandai tanya orang dan cari sendiri. Kaunter dia sama jer kat area kaunter tiket normal lane tapi ada short cut nak pergi ke kaunter tu. Jangan beratur dari awal, terus p tanya staff kat situ nanti dia bawak hang masuk dalam ikut lorong rahsia. Haaa tricky tak? So beratur beli tiket, tunggu jap macam sardin dalam 15 minit, naik train laju baq hang dan pekena coconut  ice cream RM6 harga atas bukit katakan.


Ada new attraction atas Bukit Bendera. Tadaaaaaaaaa.......

L.O.V.E
Dah serupa Namsan Tower

Love Lock 

Dinasihatkan membawa pad lock sendiri, jangan jadi mangsa kapitalis tapi jadilah seorang yang berfikiran waras yang TAK AKAN membeli seketui love lock berharga RM42 tu. Kunci cinta kat pagar pasal apa tah. Kunci cinta di hati dan bawa kemana-mana barulah SEJATI...... itu yang kau ucapkan, bila janji ku gengam bawah pohon kembojaaaaaaa...... 

bab posing tak pernah tak handal. yang kat belakang buat sign BIG Love yang depan buat Finger Love. Bukan mintak mak duit seposen ye

our next destination is.... cer teka cer teka. hint dah ada kat signboard 

Cuma Love Lock tu jer tarikan terbaru, yang lain-lain sama macam biasa. Ada Owl Museum, Viewing Deck, nak bermesra dengan ular, burung kakak tua pun boleh, selfie disebalik bunga-bunga indah di taman dan menghirup udara bukit. Dalam tak ada apa-apa tuu masih ramai yang suka naik ke Bukit Bendera nih sebab train dia laju kot. Dan tak sejuk pun kat atas ni, tak payah bawak baju sejuk bagai.Nak sejuk pergi Genting atau Cameron Highlands.

 Owl Museum tak masuk, tukang simpan duit buat belanjawan berhemah

Viewing Deck
ada satu lagi viewing point tu boleh nampak Jambatan Pulau Pinang.
kami nampak Pulau Pinang yang padat.

sebelum turun kakak nak jugak bergaya ala-ala Yoo Jae Suk with my little finger love. 
Jjjannng

Next entry kita sembang hal makan-makan pulak. Penang is food heaven kot, dan yang nak datang makan ni sanggup beratur panjang tunggu order. Hang tunggu hang tunggu sat, aku nak p nasi kandar beratur.

Friday, January 1, 2016

Penang 2015 - Part 1 (Georgetown)


Assalammualaikum dan Selamat Tahun Baru 2016

Lama jugak aku mengumpul kekuatan mengaktifkan diri menulis di blog nih. Akhirnya tahun baru menjelma dan macam biasa cliche sangat nak pasang azam. Jadi azam aku nak asah jari menulis sampai runcing. Semua kisah kalau tak ditulis akan dilupakan, sayang laa kan... kan.

Entry yang lama-lama aku tak buang, tapi aku save semua tu sebagai draft. Biarlah aku jer yang baca sebab aku sendiri rasa poyo baca kisah-kisah lama nih. Apakah motip gaduh satu kilang pun mau letak kat blog. Konflik jiwa ke apa tah masa tu.

Tahun baru cerita baru belum lagi bermula, jadi kita amik cerita semalam sebagai entry tahun baru. Jom kita pergi Georgetown, Penang!!!! Aku jer ke yang suka gila mai Penang nieh??... Dah mai Penang kena laa cari makan sedap-sedap, food heaven katanya. Kita mulakan dengan Bismillah bila dapat Nan Tandoori depan mata.

 
Nan Tandori Kapitan 

Aku sikit geram jugak dengan service restoran nih, yang berambut blonde sepantas kilat depa datang amik order dan bersihkan table. Yang kita mai dari Kay El ni lepas 5 minit, tambah lagi 5 minit tambah lagi 5 minit jugak dia layan. Memandangkan kita datang bercuti dan perut lapar, elok kita buang jauh-jauh pepatah kerana rambut blonde engkau didahulukan. Nasib baik Nan Tandori dia sedap, abih dengan bawang mentah tu aku sapu. Sebab aku pernah baca tips kesihatan Prof. Ungku Aziz. Beliau makan bawang mentah setiap hari. Sungguh nih..... tak mohong, hang kalau tak mau kena tipu rajin-rajinlah membaca.

Yap Kongsi

Dah kenyang perut kita jalan-jalan buang lemak. Area Georgetown ni banyak lorong-lorong kecil. Di galakkan berjalan kaki atau sewa basikal atau naik beca. Merayaplah kat Arts Street tuu, penuh dengan tourist kot dan silalah bawa air botol. Paneh baq hang Georgetown ni, kalau dah dekat dengan laut bukan angin bayu jer yang membawa dirku sepintas lalu ku terkenangkan mu.....

 Me-nion
lagi lima tahun mesti aku akan menyirap jerr tgk gambo nih

kakak-kakak on the swing

pandang ke depan dik!

handal kan kakak posing tepi peti surat

Day 1 trip di Georgetown stop kat sini dulu. Kita ada dua hari lagi nak share cerita pasal kes beratur makan kat Hameediyah, Mee Udang Sungai Dua, sarapan pagi Pasar Sardon, Jeti ke Pulau Aman, beratur beli tiket ke Bukit Bendera macam sardin. Georgetown nih takdak besar mana pun, hang WAZE jer inshaAllah sampai. Yang tak best nya susah nak carik parking. Kalau malas sangat drive boleh naik Penang Hop-On Hop-Off ronda City & Beach. So apa tunggu lagi bungkuh kain baju mai Penang lekaih!

Daisypath Friendship tickers