Tuesday, August 15, 2017

Dotonbori, Osaka

Alhamdulillah masih ada sambungan.....

Lepas dah berbuka puasa bersama Nobita dan solat jamak aku pun keluarlah menerokai tanah Kansai. Tempat pertama dalam itinerary dan yang harus dituju semestinya Dotonbori. Bak kata makcik aku, 'depa ni suka berjalan malam-malam tengok lampu macam kat rumah sendiri takdak lampu' hahahha.

Waktu ni dah malam lebih kurang pukul 7.30 waktu orang Nippon balik berkerja agaknya sebab di Namba station ketika itu sangat-sangat-sangat ramai umat manusia. Ibarat di station KL Sentral lagaknya. Tapi lebih ramai dan mereka berjalan laju-laju. Terpaksalah aku jalan laju juga ikut rentak sambil baca signboard. Dalam station ramai orang, luar sation lagi laa ramai.

Datang sini sebab nak cari papan iklan Glico Man. Ahhhh Glico Man ni memang pujaan hati semua orangkah? Berpusu-pusu pelancong asing bergambar dengan Glico Man, yang dikhabarkan dah 70 tahun dia berada di situ tak pernah di ubah kemana-mana. Bagaimana ye sekeping papan iklan boleh bertahan lama dan menjadi sebutan serta ikon sebuah bandar di Osaka? Jika Kuala Lumpur perlu membina menara berkembar KLCC, Osaka steady jer dengan sebuah papan iklan yang paling humble sekali. Terletak di tepian sungai Dotonbori dan boleh dilihat dari atas jambatan Ebusu-bashi. Sungai Dotonbori ni boleh juga disusuri dengan Tombori River Cruise. Kalau beli Osaka Amazing Pass boleh pilih untuk mencuba cruise ni.

Dah jumpa Glico Man berjalan-jalanlah lagi disekitar. Disini terletaknya shopping street Shinsaibashi yang penuh dengan shopping mall, restoran jepun takoyaki / lobster / sushi, kedai arcade game, kedai jual barang comel-comel tak comel segalanyalah. Kalau banyak duit memang nak beli semuanya tapi aku jalan-jalan jer observed and enjoyed the moment. Macam kata makcik aku... tengok lampu heheheh. Apa beza shopping street di sini dengan shopping street tempat lain yang aku pernah pergi? Di sini segalanya nampak lebih mewah, susunan kedai yang teratur, cara promosikan kedai yang comel-comel semuanya... yelah tetiba jer kau akan nampak ketam dan sotong gergasi dan apa yang kau nak semua ada di sini. H&M, Uniqlo, Zara, Daiso, Family Mart, Lawson, biskut kapal, kedai 3 coins, nak yang mahal atau murah semua ada. Alhamdulilah tujuan aku mengembara bukan ke arah shopping sakan, aku shopping ala kadar jadi walaupun shopping street Dotonbori paling happening aku masih kuat mengawal napsu hehehhe.

Selain itu kat sini juga ada Ali Kitchen, terima kasih kakak manis Kak Ilah for the info. Dapatlah aku makan Chicken Briyani mewah 1,300 yen... okay tak payah convert. Portion banyak gila cukup untuk buat sahur nih. Mr Ali orang Pakistan sedang layan customer dari Tanah Arab sembang hal Dubai kena pulau dengan negara-negara Arab sambil tengok game kriket di TV. Dalam dia bersembang tu aku pasang telinga antara yang aku ingat dia bagitau kat customers yang berjalan 4km di Jepun tu is nothing for him and dia hanya perlukan 20 minit berjalan kaki unutk 4km itu. Adakah kerana itu orang-orang Jepun lebih sihat dan berusia panjang?  Dikala aku nak beredar dia tanya adakah aku dari Indonesia? Hahahaha.... indon pun indon lah. Kedai Ali Kitchen ni di bawah bangunan bahagian basement. Nak turun ke restoran ni tangga sempit jer muat-muat untuk seorang, kedai tak besar boleh muat dalam 18 orang. Ada kitchen untuk memasak, ada seorang waitress Jepun. Sebab dah kat bahagian basement data coverage pun takdak. Aku mintak password kat waitress dia bagitau 'iloveyou' ok.... fine thank you.

Agak dah kenyang perut, selesai teruja dengan Dotonbori, dah layan street performance, dah ambil udara malam aku pun pulanglah. Walaupun bila tengok jam waktu Malaysia masih awal lagi pukul 10 malam. Agak selamat berjalan di Jepun tapi dalam selamat pun kena berhati-hati. Asalkan ingat jalan pulang ke station, tau nak naik train dari platform mana dan tau nak turun mana. Namba station adalah antara station utama di sini. Ramai jer orang yang gunakan sation ni untuk ke tempat tujuan masing-masing. Jadi tak takut sangat, dan beberapa hari kat sini Namba ni dah jadi macam KL Sentral buat aku. Sebelum balik hostel beli nasi instant sampai 3 container, onigiri, air calpis buat sahur. Selain tu ada jugak aku bawak makanan dari Malaysia. Jalan di bulan puasa ni kelebihan dia kau tak terasa nak makan sangat, walaupun tak dapat try local food tapi tak mengapalah... Tokyo street kan ada di Pavilion.

Malam ni kiranya aku celebrate birthday dengan Glico Man lah atau... dengan Ali's Kitchen? Hehehehhe... Yang pasti di usia patploh barulah aku sampai ke Jepun. Diusia sebelum tu aku kenal Jepun melalui Yamapi, Ryo-chan, Takuya Kimura, Kurosagi Ichigo, JDorama, Anime, Oshin, Maero Attack, Ultraman. Di usia patplohlima tahun inshaAllah aku nak berada di suatu tempat yang aku idamkan juga. Moga dapat terus mengembara sebab Allah ciptakan dunia bukan untuk disia-siakan.

Sahur pukul 2.30 pagi, subuh pukul 3 pagi, pukul 4 pagi dah terang, suhu 22-28 darjah selsius.
Summer 2017.
Daisypath Friendship tickers