Sunday, April 17, 2016

Pulau Langkawi - Part 3

Assalamualaikum

Part three, day two di Langkawi. Kalau semalam kita tengok matahari terbenam, hari ni pergilah tengok matahari terbit pula. Subuh-subuh lagi dah bangun, tanpa pengetahuan sesiapa, mandi pun tidak.. aku dah plan dari berminggu-minggu nak tengok sunrise kat Resort World Langkawi. Dari sharing yang aku baca kat facebook, sunrise kat sini terbit dengan cantik sekali. 

Pukul 7 pagi dah keluar, gelap lagi masa tu. Tak jauh dari Chenang... Waze jer dalam few minutes dah sampai. Sekarang ni nak travel ke mana-mana senang dengan bantuan teknologi. Tak perlu risau sangat akan kesesatan, nak cari tempat menarik google saja. InshaAllah jumpa. Bagus teknologi ni, janganlah tolak mentah-mentah apa yang kita tak suka ataupun tak tahu. Kecuali kesombongan yang nyata. Eh apehal pulak nih, kat mana tadi... nak tengok sunrise kan. 

Itu dia matahari terbit. Masa ni matahari naik perlahan-lahan depan mata, boleh nampak pergerakan matahari bermula dari belakang bukit tu. Kemudian matahari mengintai antara lekuk bukit tu. Dulu masa budak-budak macamni laa lukisan matahari kita, mesti terletak di celah-celah bukit kan. Matahari yang satu ni tak pernah degil dengan suruhan Allah, baguskan makhluk Allah yang ini.

Ini view sesudah subuh, dari luar Resort World dah boleh nampak view begini. Oren kemerahan, kebiruan, air laut pun tenang jer.
Yang tadi tu view belah kanan, belah kiri pula ada jeti utk nelayan turun ke laut. View setenang macam ni mula laa rasa bahagianya hidup. Mudahkan nak bahagiakan diri sendiri, cuma kena ada tolak ansur untuk biasakan yang tak biasa.

Macam tour guide group kitorang ni haaa. Kakak seronok tengok dia ni buat kerja, punya laa komited, sabar, sungguh-sungguh dia nak bagi informasi pada client dia. Betulaa tuu dia buat kerja dia, dalam masa yang sama dia turunkan ilmu. Mendidik kita-kita yang selalu tak ambil peduli. Travel ni bukan untuk berseronok sahaja, betulkan niat dan pelbagaikan tujuan travel tu. Tak salah pergi travel untuk ber-shopping, ber-selfie dan tak salah juga untuk cari ilmu dan didik hati ketika travel. By the way, nama guide kitorang tu Hazril.


Untuk Mangrove tour ni aku pilih dan aku recommend Mangrove Tour by Bard. Untuk sesiapa yang berminat boleh baca review kat tripadvisor. Ramai yang berpuas hati dengan service mereka. Next aku nak try aktiviti cycling atau hiking Gunung Mat Chincang lak. InshaAllah

Rugi datang Langkawi kalau semata-mata nak borong coklat je. Sedangkan Langkawi nih kaya dengan khazanah alam. Yang sebenarnya dulu-dulu pun aku asal datang Langkawi asyik excited dengan coklat jer pun heheheh.

Ini monyet, monyet ni pandai berenang. Jangan pandang rendah pada kehidupan seekor monyet. Monyet pun tahu erti usaha untuk meneruskan kehidupan. Ia bukan ketua maka ia perlu kerja lebih kuat dari ketua dia. Monyet jenis ini ada peluang besar untuk menjadi ketua bagi puak dia. Ia berani dan tidak mensia-siakan peluang. Jadilah seperti Monyet.

Ini pun sama. Hebat ciptaan Allah buat si Helang ni, ada penglihatan yang tajam, terbang dengan aksi acrobatic, sayap yang seimbang, kuku kaki dan paruh yang kuat untuk mencengkam makanan, bulu yang cantik. Admire betullaah dengan ciptaan Nya. Masa ni si Hazril tu suruh amik video, pakai handphone pun cantik katanya. Jadi aku pun bersibuk-sibuklah kat depan boat tu. Orang lain keluarkan GoPro, YiCam, DSLR aku takde peduli.

Okaylah karangan bersambung dilain hari pulak, aktiviti hari kedua berhenti rehat kejap. Nanti kakak sambung advantura ke paya bakau pulak okeh.

Gednite

Saturday, April 9, 2016

Pulau Langkawi - Part 2

Assalammualaikum,

Lama kan episode dua Pulau Langkawi nih bersambung, sepurnama lamanya. Sibuk sikit... tapi dah janji nak konsisten jer update. Tak kisahlah lama mana pun kakak tetap update dan kakak jugak laa yang akan tetap baca. Semua ciri-ciri penulisan yang tak menepati citarasa adik-adik bukan masalah kakak. Kakak bagitau awal-awal supaya tak di anggap syok sendiri. Heeheheheh

Okay kita sambung Day 1 di Langkawi selepas berjaya sewa kereta, berjaya sampai ke Pantai Chenang tanpa bantuan Waze dan berjam jugak mencari hostel Melati's VIP Female Dorm. Berpeluh keliling Chenang cari hostel dengan bateri phone kong, perut lapar, tanya orang sana-sini... padahal tepi jalan jer, cuma kena jalan kaki sikit dari main road. Check-in, kak Elle brief sikit pasal hostel, bagi kunci locker dan kunci main door. Dia kata after 11pm main door hostel kena lock so siapa yang balik selepas pukul 11 malam buka lah pintu sendiri. Rasa selamat stay kat hostel ni dan privacy sebab setiap cubicle ada langsir. First experience duduk hostel, lena bukan main aku tidur. Ada laa minah2 salleh lepak kat luar sembang-sembang, aku tak join, first day belum biasa senyum-senyum jer.

Nak buat apa kat Langkawi sorang-sorang nih. Ahhh travel seorang diri doesn't mean ko sunyi ye tak. Dah ada kereta apalagi kita pusing laa satu Chenang. Matahari terbenam cantik di Pantai Tengah. Sambil tunggu matahari terbenam, duduk bersila tepi pantai dengar bunyi ombak, tanam kaki dalam pasir, tengok gelagat orang, dia senyum kat kita - kita senyumlah kat dia.. kan! Selain aktiviti percuma, boleh juga main parasailing, jet ski, banana boat ke. Kakak tengok jer, solo traveler tak boleh membazir yang bukan-bukan.

Pantai Tengah berlangit biru

Walk slowly, look closely and praise Allah

 Belum ramai orang lagi nih, aku pun relaks jer jalan tanpa kerisauan

 Terbenam


Lepas terbenamnya matahari, hari pun malam. Singgah sekejap Chenang Mall beli coklat murah. Errr murah ke...... agak dah mahallah jugak. Bukan coklat aku pun, orang kirirm. Tu jer laa aktiviti free kakak, boring? Hahahahahha aku enjoy kot rasa puas hati dapat rancang impian baik-baik. Masing-masing ada cara dan impian masing-masing kan, ikut cara kita.

Sambung part seterusnya di waktu senggang. Gambar-gambar semua di snap dari handphone cikai yang baru-baru nih jatuh memecah-belahkan skrin langsung tak boleh on. Kakak redha. K bye!
Daisypath Friendship tickers