Monday, May 23, 2016

Overland: Hat Yai - Krabi (Part 5)

Assalammualaikum.


Hari ketiga di Thailand malam kedua di Krabi. Macam biasa, kenalah cari makan di Night Market. Asyik makan malam jer, breakfast bila? Hostel yang aku stay nih, Pak Up Hostel tak sediakan breakfast dan di area Krabi susah nak jumpa kedai makan yang buka pagi-pagi. Malam memang banyak kedai makan, takde masalah. Jadi carilah hotel/hostel di Krabi yang sediakan sarapan pagi. At least dapat kopi secawan, roti tiga keping dah cukup kenyang kot... bagi aku laaa. Nasi lemak takde minta maaf. Sarapan pagi aku setiap pagi ke 7-Eleven atau Family Mart. Beli hotdog Halal, buah pisang 2 biji, Green Tea (sedap weh) atau yogurt.. sebab aku risau perut meragam jadi bekalkan perut dengan yogurt. Hotdog tu sepaket ada 4 ketul, minta staff 7-E panaskan dan makan dalam kedai berair-con sejuk tu.

a friend like Joy is enjoyable to talk to :)

Malam kedua ni aku pergi Night Market dengan kawan baru, Joy nama dia asal dari Bangkok. Aku perasan si Joy ni walaupun dia orang Thailand tapi dia tak cari orang Thailand untuk dibuat kawan. Dia selesa berkawan dengan pelancong asing. Bila travel aku selalu jumpa orang Malaysia yang travel in group dan not so friendly bila jumpa orang Malaysia yang lain. Then terus andaikan mereka-mereka itu sombong. Padahal bila difikirkan balik aku pun sombong juga hahaha setakat senyum takde nak borak sangat. Samalah dengan si Joy ni bila dia treat orang yang senegara dengan dia. Tapi dengan orang lain, aku contohnya semuaa benda dia cerita. Dan aku pun selesa jer sembang dengan dia. 

Hairan juga aku, sampailah aku buat konklusi sendiri. Kita travel sebab nak mengenali cara hidup orang dari negara lain, yang dari negara sendiri ni banyak yang kita dah tahu. Pendapat aku laa, mungkin orang lain ada pendapat sendiri. Yang pasti aku dah tak kisah orang Malaysia nak kekwat bila pergi oversea, aku senyum jer.. kan senyum tu sedekah. Kalau nak buat aku halimunan pun pedahal... pergi travel pakai duit masing-masing. Kalau terjumpa, senyum dan kalau dia ajak sembang, kita sembang. Seeloknya kita sembang, manatau kawan tu ada info best-best yang boleh dia share. Tapi kalau tak, tak kisah pun.

Joy cerita yang ini adalah pengalaman pertama dia travel sorang-sorang, mulanya dia nak pergi Cambodia tengok Angkor Wat. Tapi since first time dia solo travel, jadi dia decided to travel in her own country. Samalaaa dengan aku, aku pergi Langkawi dulu kot. Dia kata lagi kat Krabi ni semua experience yang dia kutip adalah bersifat kali pertama. First time snorkeling, first time stay hostel - mixed dorm pulak tu, first time naik flight sorang-sorang, first time itu ini. Banyak.... aku pun dah lupa. Yang paling best aku tanya why do you travel alone? Dia kata sebab putus cinta, tragik kot cara dia putus cinta tuuu. Aku laaa yang menjadi pendengar, nasib baik si Joy nih kuat takdela nak nangih-nangih kalau nangih jenuh pulak aku nak pujuk. Atau mungkin dah banyak kali dia nangih kot, mana kita tau. Sempat aku suruh Joy datang Langkawi tapi dia tak tau Langkawi kat mana, aku suruh google jer. 

playground tutup, dan dorm full.

Aku ajak Joy hiking ke Naga Trail keesokkan pagi, tapi Joy kata flight dia esok pagi pukul 7. Lepas tu dia ajak pergi Playground lepas pusing Night Market. Ada apa kat Playground aku tanya, dia kata ada game Giant Jenga which is menurut Joy dia memang pandai main Jenga block tu. Malam pertama aku tidur kat hostel ni, memang riuh playground kat bawah tu. Kata Joy masa tu ada game, siapa kalah kena denda dan dia asyik kalah jer. Suka aku tengok si Joy ni enjoy life lepas putus cinta, walaupun still tak boleh move on tapi takdelaa nak meratap hiba mengurung diri. Biarlah cinta sahaja yang buta, kita yang celik ni rugi bila membutakan hati. Okeh malangnya... ataupun sebenarnya syukurnya malam tu playground tutup.. hostel cancel semua aktiviti kat playground sebab esok nak pergi hiking. Yay!

Halal Thailand  

Eh jom laa jalan-jalan Night Market tengok makan apa lak yang sedap malam nih. Aku beli Pad Thai yang nampak macam keow tiau goreng yang ditabur kacang tumbuk dan chili flake. Pedas sungguh chili flake dia tak boleh nak cerita, letak sikit jer lain kali. Dalam pedas tu aku beli sampai dua. Satu makan kat Night Market satu lagi bawak balik hostel untuk breakfast esok pagi. Kemudain beli banana nutella pancake yang ramai duk tercari-cari bila datang Thailand. Aku harap tak lama lagi banana nutella pancake tu viral kat Malaysia macam pisang goreng cheese. Senang kot nak buat dia, macam roti canai.. bubuh pisang kat dalam, goreng garing kemudian sapu chocolate nutella lebih. Jual 3 ringgit dah laa kan. Hehehe tak ingat lak aku beli berapa bhat.

kedai cenderamata dan cenderahati, dari mata pergi ke hati

Memandangkan esok lepas aktiviti hiking aku akan check-out dari Krabi dan stay kat Ao Nang, so aku pun mencari la souvenir. Ada satu kedai khas untuk souvenir dan yang paling best pekedai tu bagitau aku boleh post postcard ke Malaysia. Stamp 15 bhat sahaja dan akan sampai paling lambat pun 3 minggu. Tak pernah aku travel kemana-mana dan hantar postcard kat sesiapa. Aku fkir why not, kita cuba-cuba hantar kalau sampai Alhmadulillah bolehlah hantar lagi.

tak beli sebab mahal dan tiada keperluan untuk 
membawa buluh pulang ke Malaysia

Berjalan-jalan lagi beli fruit juice, Joy pulak beli air mojito cocktail tah apa ke benda nama dia. Air yang di isi ke dalam buluh. Dia kata nak bawak balik buluh tu buat souvenir kat diri sendiri. Dah beli macam-macam cari meja, duduk dan makan sambil dengar mini live concert. Lagu malam tu semua genre sedih, lagu untuk orang putus cinta macam Joy -- dia kata. Seronok pulak sembang pasal si Joy nieh, nanti kalau aku sesat ke Bangkok boleh laa cari dia.

the amateur 

Saturday, May 21, 2016

Overland: Hat Yai - Krabi (Part 4)

Assalammualaikum

Dah sampai Krabi kalau tak pergi pulau-pulau rugilah. Kat Krabi ni katanya ada 200 lebih buah pulau. Aku tak pasti batu-batu besar yang muncul di tengah-tengah Laut Andaman ni dikira sebagai pulau atau apa. Banyak pakej yang boleh korang pilih ikut bajet masing-masing. Aku book Island pakej dengan hostel jaa senang sebab sekali dengan transport Krabi - Ao Nang - Krabi. Amik pakej Island Hoping 4 biji pulau cukuplah nanti muntah pulau lak. Bila compare harga pakej yang ditawarkan di Ao Nang, rasanya macam mahal sikit dari harga yang hostel tawarkan. Harga yang aku dapat 450 bhat untuk 4 pulau termasuk lunch. Ada satu lagi option island hoping with 7 islands, 650 bhat yang ini sampai senja korang boleh layan sunset.

 

Antara pulau-pulau yang terkenal di Krabi termasuklah Phi Phi Don, James Bond Island, Maya Bay, Railay Beach. Agak kalau tak risau akan sun burn bolehlaa korang pergi satu-satu pulau. Memang cantik try laa google berlambak gambar pulau-pulau kat Krabi nih. Sebab tuuu aku amik 4 pulau jer hihihih sebab walaupun tak sampai ke semua pulau tengok gambar jer macam dah terasa pernah sampai ke situ.

view dari dalam lori pick-up. Ao Nang Beach

penuh dengan sticker Barracuda. Aku sticker dark blue

Pagi-pagi van datang pick-up depan hostel bawak ke Ao Nang beach. Sampai Ao Nang, register nama dan bayar 200 bhat untuk National park entrance fee. Dah bayar, dapat sticker ikut group masing-masing dan ikut tour guide. Kena ingat siapa tour guide jangan ikut tour guide group lain pulak. Lepastu  datanglaa lori pick-up angkut ramai-ramai ke pier. Merasa laa naik lori pick-up macam pergi Phuket 10 tahun lepas. Harga pakej island hoping nih ikut jenis boat. Ada bot laju, bot pancung... aku amik bot pancung jenis berkayu yang bergerak perlahan-lahan tu. Bot pancung atau long tail boat nih tidak terlalu extreme menerbangkan tudung atau rambut dan beri kau cukup masa untuk snap gambar lautan indah permai.


Dalam group aku nih ada satu team makcik-makcik datang bercuti dari Bangkok. Boleh di kategorikan sebagai nenek kot, umur 55 - 65 tahun macam tu. Ada sorang tour guide yang bawa nenek-nenek nih dan menjadi jurugambar mereka. Happy jer aku tengok diorang dalam boat bersembang sambil menyanyi lagu Siam beramai-ramai... tengok, travelling mana kenal usia. Dan dalam group nih takde orang Malaysia, aku suka hahahaha taklaa aku rasa kekok sangat dan ada kebebasan bercampur dengan orang luar, itulaa yang kita nak. Kalau nak tengok orang Malaysia baik kita angkut kekawan jer.

Speed boat, parking

long-tail-boat, parking.

Sebenarnya aku main amik jer pakej pulau ni tak buat research sangat, ikut jer diorang nak bawak pergi mana. Yang pasti Phi Phi Don tak pergi sebab Phi Phi termasuk dalam pakej yang lain. Memula pergi satu pulau yang ada sebiji gua yang dinamakan Phranang Cave. Boleh berenang-renang di tepian pantai, explore gua tapi sayangnya service tak macam Mangrove Tour Langkawi. Tour guide cuma guide saja bawa pergi pulau dan bagi masa 15-30 minit untuk kau pandai-pandai sendiri explore pulau-pulau tu. Jadi aku macam lost jugak nampak gua taktau apa mau bikin....errr sempat laa buat video clip sekejap.

Phranang Cave
Chicken Island.
stop untuk snorkeling

Lepas Phranang Cave, dia bawak pergi Chicken Island. Dinamakan Chicken Island sebab ada bahagian pulau tu berbentuk kepala ayam. Kat sini tak turun ke beach, bot berhenti berdekatan pulau dan bagi peluang untuk berenang dan snorkeling. Snorkeling gear disediakan, aku tak snorkel sebab tak bawak baju spare dan macam rasa tempat paling best snorkel adalah Tioman dan Redang. Hahahah patriotism sampai ke Krabi. Kau tauu.. kat sini laa yang buat aku kagum habis dengan makcik-makcik siam tadi. Diorang snorkeling weh selamba jerr capai google, life jacket, terjun! Enjoy habis... aku yang tengok ni pun rasa WOW WOW WOW. Sambil dalam hati tertanya-tanya aku 10 tahun akan datang macam ini kah?


apa lagi alasan kita haaa...

Dah puas berenang, bot bergerak menuju ke pulau ketiga - Tup Island nama pulau ni. Pulau ni pelik sikit sebab ditengah-tengah lautan ada pantai yang menghubungkan dua buah pulau. Kedua-dua pulau adalah antara yang paling kecil. Bolehlah pilih nak berenang di sebelah kanan atau kiri pantai. Pulau pun boleh pilih nak lepak pulau yang mana satu, yang ada jual jagung bakar ke atau yang jual air tin. Kat sini diorang bagi makan tengahari. Tour guide aku yang bernama Gif tu ajak aku makan sambil cakap Halal food, cook by Muslim. Sebab aku sorang jer muslim pun dalam group tu, mungkin dia fikir aku syak wasangka kut. Makanan dah siap di tapau, nasi dimasukkan dalam bekas tupperware bukan polystyrene untuk elak pembuangan sampah.

 
Tup Island, dua pulau dihubungkan dengan pasir putih ketika air surut


Last sekali pergi Poda Island, kat sini berhenti lama dalam sejam. Pulau ini dipenuhi dengan pelancong dari berbagai negara. Besar pulau nih sayangnya tak banyak aktiviti. Sekadar snorkeling di tepi-tepi pantai dan berenang-renang ditepian. Tak ada parasailing, jet skit, banana boat apatah lagi skydive... eh itu memang taklaa. Pantai Chenang, Langkawi jugak yang terbaik habaq kat hang. Kalau datang Poda Island sila bawa tikar kemudian berkelah dibawah pohon-pohon rhu itu. Sambil tu pergilah bergambar puas-puas. Bila travel solo, siapa lagi nak amik gambar kau kalo kau tak bukak mulut mintak orang tolong snap gambar sekeping dua....kan? Well bukak mulut, manatau tetibe orang yang tolong snapkan gambar tu seorang jurufoto professional. Haaa kan huntung....

macam photographer aku ni haa. siap bagi tips nak posing camne
dan suruh edit sebab cahaya matahari telah mengelapkan gamba, Baik!

Dah habis aktiviti pulau kitorang diturunkan semula di Ao Nang beach. Lori truck bersusun nak hantar balik ke hostel/hotel masing-masing. Dalam truck aku sembang dengan Joy minah dari Bangkok. Kitorang tinggal di hostel yang sama dan amik island package yang sama. Tapi masa aktiviti pulau tadi Joy dah dapat geng, aku jer laa geng dengan nenek-nenek. Sembang-sembang dengan Joy, pertama kali travel solo katanya. Selalunya orang Thailand ni English tak power tapi Joy lain, macam-macam benda dia nak sembang. Nasib aku ni seorang pendengar yang setia.

Sampai dorm ada seorang minah dari Australia baru check-in tengah selongkar bag dia lepas tu seorang lagi check-in datang dari Netherlands. Tetibe dorang cerita esok Pak Up Hostel nak organize hiking trip ke Naga Trail (Tab Kak-Hang Nak Trail). Aku pun mencelah tanya senang ke susah Naga trail tu, dia kata 3.7km jer dan cuma bayar duit teksi 150 bhat. Ini sudah bagus boleh jimat duit...kata hati ku, tanpa tidak ku ketahui azabnya aktiviti hiking itu. Sambung....

Monday, May 16, 2016

Overland: Hat Yai - Krabi (Part 3)

Assalammualaikum

Hari kedua di Hat Yai, pagi ini aku akan bergerak ke Krabi menaiki minivan door to door service. Jadi aku expect driver pick-up dari pintu depan hostel di Hat Yai dan hantar depan pintu hostel di Krabi. Tak payah lah aku pergi ke stesen minivan tu dan tercari-cari hostel di Krabi nanti dengan mengendong backpack. Namun jangkaan aku sedikit tersasar, well khidmat hostel transfer tu ada. Tapi.... aku terkesima sekejap bila yang datang pick-up aku tu seorang pakcik baya-baya abah kita dengan kapcai dia. Gangster pakcik nih, dia duk tuding jari kat aku dan cakap..

"Hey you!, Come"

Haaaaaa drama sangat.... garu kepala aku sekejap, walaupun aku memang yakin betul yang pakcik nih datang jemput aku. Sebab sebelum tu aku dah suruh staff hostel call agent minivan nih. Tanpa banyak soal dan tergelak-gelak aku pun memboncenglah kapcai pakcik tuu, dengan takde helmet, pastu dia redah jalan short cut, pastu kat trafik light sempat perasapkan rokok yang member dia bagi. Haaaa ini kalau kat Malaysia aku takkan buat weh keje nih. Gila kau! Dalam gila-gila tu aku gelak sorang-sorang atas motor sambil berfikir... ini rupanya yang dipanggil 'hostel transfer' kahkahkah nasib tak jauh, 5 minit je.



Nak naik minivan ni pun satu hal... selagi van tak penuh, selagi tu dia pusing Hat Yai ambil penumpang merata-rata. Bergerak pukul 10pagi, pukul 11pagi still lagi dalam kawasan Hat Yai. Sebiji minivan ni boleh memuatkan seramai 12-15 orang. Jarak perjalanan Hat Yai ke Krabi ni, ada yang kata 3 jam, ada kata 4 jam tapi yang sebetulnya 5 jam. Agak sempit minivan ni, seat dia seluas seat dalam flight Air Asia. Selalunya untuk perjalanan yang lama dan jauh aku akan rasa mabuk bila tak memandu. Alhamdulillah tak mabuk, mungkin dah set awal-awal overland trip kena lah hadap semua ketidaksempurnaan itu.

Sepanjang perjalanan melalui kawasan selatan Siam aku perhatikan banyak rumah-rumah kampung sebiji-sebiji. Ada sawah padi yang dah kering, ladang getah, nampak sama seperti kampung-kampung di Malaysia. Selatan siam meliputi Satun, Songkhla, Patthalung yang mana ramai orang Islam. Senang jumpa kedai makan halal dan surau bila berhenti di R&R. Owhh R&R dia tak banyak ye, bukan jalan highway takde toll pun. Berhenti kat R&R lepas 2 jam perjalanan, itu pun sekali jer. Haaaa buang air kecil awal-awal kat Hat Yai tau.

Hostel berkonsep classroom. 
Siap ada playground nanti-nantilah aku cerita tehee

Akhirnya sampailah aku ke hostel kedua. Hostel ni lebih besar, lebih ramai roommates, lebih meriah, lebih bising, yang pasti dalam female dorm with 10 beds tu, aku sorang jer Melayu. Aku pilih katil atas sebab nak privacy kononnya dan boleh laa aku intai-intai aktiviti minah-minah salleh ni. Ada yang peramah sangat, ada yang senyum-senyum jer, ada yang check-in hostel naik atas katil terus tidur tak bangkit-bangkit. Bagusnya diorang buat hal masing-masing, tak kacau orang, semuanya solo traveler datang sendirian dan pandai-pandai cari kawan kat hostel ajak beraktiviti sama-sama. Sesuatu yang aku buat di hari keesokkannya.

Krabi Crab statue

Krabi tak semeriah Ao Nang, memang takde apa-apa sangat sebab tu ramai yang suka stay kat Ao Nang. Kira Krabi ni macam pekan Kuah dan Ao Nang tu macam Pantai Chenang, Langkawi. Krabi lebih pada santai-santai tepi sungai, enjoy scenery malam yang tak serabut, makan-makan di Night Market atau western restaurant, bergaul dengan locals. Ramai juga orang Thailand dari merata-rata tempat datang sini. Sampaikan orang locals pun sangka aku ni orang Siam, aku Sawadikap jer, senyum-senyum, angguk pastu sebelum blah cakap Khab Kun Kap. Apa dia sembang pun aku buat-buat paham jer laa.

 

Yang penting malam mesti pergi Night Market, cari makan. Macam biasa nak makan kena hati-hati jangan main sapu jer, bagi salam dulu kalau dia jawab salam.. okeh beli. Tanya juga ingredients makanan tu, macam pulut mangga tu takyah syak wasangka sangat. Night Market dia meriah, ada stage besar gedabak bukan macam kat Uptown Kota Damansara tu weh. Ni stage besar set-set untuk artis kot, dengan sound system yang not bad dan penyanyi amatur bersuara sedap untuk telinga kita mendengarnya. Di tengah-tengah Night Market ada kawasan lapang untuk kita duduk makan lepak-lepak sambil melihat gelagat orang tempatan dan pelancong asing. Sampah jangan tinggalkan atas meja, pergi buang sendiri takpun nanti ada makcik lalu-lalang bawa plastik sampah hitam.

takoyaki pun ada

aku tanya kawan dari Bangkok cara nak buat aiskrim ni. dia tak tahu huhu

Rasa soya, lembut ingatkan candy

Bila travel solo kadang-kadang kita jadi cepat lupa sebab banyak sangat benda nak kena ingat. Dan aku boleh terlupa jalan balik ke hostel! Terpaksalah aku buka google maps. Padan muka aku, sebab yakin kunun-kununnya dengan jalan short cut imaginasi sendiri. Mengelabah berpeluh dahi juga dibuatnya, bila dah jumpa jalan yang betul boleh pulak terlepas hostel. Dah lalu depan hostel tapi pergi jalan ke depan lagi... isshh memang sejenis berjalan tak toleh kiri kanan aku nih, jenis yang berpandangan ke depan. Sampailah aku  ke hujung jalan yang tiada apa-apa melainkan jalan yang gelap gelita. Ahhhh pusing balik, gerak perlahan-lahan  tengok kiri-kanan jumpa juga akhirnya. Alhamdulillah.

Home sweet Home

Satu hari yang panjang bagi aku dengan perjalanan sejauh lebih 300km. Bukan melalui lebuhraya bertol macam dari KL ke Ipoh tu. Melaui kawasan pendalaman, driver ikut short cut, ada sesetengah jalan yang beralun, dengan minivan yang sempit. Sanggup dengan tidak jer meredah semua itu dan di akhir waktu apa yang kau dapat adalah sebuah cerita dan tidur yang lena.

Monday, May 9, 2016

Overland: Hat Yai - Krabi (Part 2)

Assalammualaikum

Susah ada seorang follower tegar nieh, kenalah kakak rajin-rajin update blog! peh...

Hat Yai Youth Hostel

Check-in female hostel sudah, mandi sudah, solat pun sudah... ayuhlah kita check-it-out apa best sangat ke Hat Yai nieh. Aku tak plan nak explore Hat Yai sangat pun sebab tu stay 1 malam jer kat sini. Hat Yai ni kira pit stop sebelum ke Krabi. Nak direct terus ke Krabi takut tak larat, Jadi baik aku rehat satu malam di Hat Yai. Selain ke Krabi, dari Hat Yai jugak korang boleh cari minivan ke Ko Samui, Ko Lipe, Ko Lanta, Phuket.

Masa check-in hostel, staff hostel bagitau at the moment aku sorang jer yg check-in female dorm with 4 beds tu. Mungkin petang sikit ada guests masuk ke tak, tak pasti.


Lepas tanya arah Walking Street aku pun keluar carik makan. Lapor... aku teringat Restoran Kelantan yang aku jumpa tepi jalan tadi. Restoran tu milik orang Siam, faham Bahasa Melayu tapi tak fasih sangat bercakap Melayu. Kat sini boleh jumpa banyak restoran Muslim, orang Muslim pun ramai walaupun minority. Dan orang Malaysia lagiiiiii laaa ramai. Aku order Nasi Putih + Daging Masak Merah tapi yang datang Daging Masak Sos Tomato dan sayur apakah itu... bayam? Lepas tu amik side dish SomTam, banyak oiit SomTam dia dan sedap!

 

Kalau pergi Thailand di setiap kawasan mesti ada night market dan floating market yang femes gila. Macam kat Hat Yai nih... Walking Street a.k.a Night Market terletak berhadapan dengan Lee Garden Hotel. Orang Malaysia yang datang sekeluarga ramai sangat stay kat Lee Garden Hotel nih, senang nak shopping kot. Aku suka Night Market kat Thailand, macam dulu pergi Chiang Mai. Happening weh, besar, macam-macam ada jual, dan seronok tengok gelagat orang siam berniaga. Muslim dan bukan muslim berniaga sama-sama, jangan pelik kalau nampak selang dari satu dua gerai Muslim ni ada orang Siam jual makanan tak halal. Itulah kehidupan muslim minority yang hidup dalam negara bukan Islam. Banyak cabaran tapi bagusnya night market kat sini peniaga Muslim akan pamerkan tanda halal mereka. Tak macam pasar malam kat tempat kita kan... Satu lagi yang aku perhatikan, night market dorang ini menjadi kawasan larangan merokok, dan sampah macam botol dan plastik dorang cuba asingkan - recycle.

Thai Crepe

Cari apa kat sini?... Cari halal local foods, matcha green tea, pulut mangga dan seluar siam. Tapi.... pulut mangga tu aku tak beli pun. Hahahaha sebab pulut dia sticky sangat aku tengok risau kang memalam aku sakit perut. Aku beli Thai Crepe, comel jer crepe tuu letak cream dan egg yolk yang manis potong kaki. Matcha green tea dia sama macam kat Malaysia jugak. Sebetulnya aku nak beli serbuk green tea, minah yang menjual air tu cakap kena pergi pasar pagi. Sana ada jual tapi bukan serbuk, jenis daun. Hurmmm tak dapatlaa aku nak buat Green Tea hari-hari. Kat night market ni banyak jual buah-buahan, yang paling aku suka baby pineapple! Dah laa comel manis pulak tu, tak sakit lidah pun makan baby nenas nih. Pegang tangkai dia, makan gitu ajer macam makan aiskrim.

 

Satu lagi dari pemerhatian aku, setiap kali nak masuk shopping complex kena tunjuk isi dalam beg kita kat Guard. Mungkin takut kita bawak bom kot, mungkin laa aku tak tanya pun apa reason dia. Sebab masa keluar Guard tak check pulak. Maknanya dia tak syak orang yg keluar shopping complex tu mencuri tapi syak orang yang masuk tu membawa bahan larangan. Aku ok jer, cuma aku ada masalah dengan toilet kat sini yang tak ada pili air. Jadi kalau datang Hat Yai kena laa bawak sebotol botol kosong buat menghilangkan najis.

Mulanya aku ingat nak ke floating market naik tuktuk. Memandangkan hari pun dah senja, dan aku banyak habiskan masa kat Walking Street maka tak jadilah ke floating market. Lain kali jer inshaAllah. Thailand awal sejam dari Malaysia, pukul 6 lebih dah gelap dan nak masuk Maghrib. Dari Walking Street ke hostel tak jauh, walaupun hari dah gelap masih ramai orang sepanjang jalan balik ke hostel. Tak risau sangat dan aku tak rasa ralat bila tak dapat penuhi matlamat itinerary. Bila travel solo keselamatan paling penting, yang mana tak dapat pergi tu kita repeat laa lagi apa susah. Hehehehe....


Sampai kat hostel ingatkan dah ada room mate sorang dua. Tapi takde, ilek, memang tak ada sesiapa check-in. Maknanya bilik tu aku yang punya....1 katil aku punya lagi 3 katil beg-beg aku yang punya. Hahahahaha bayor RM35 dapat sebuah bilik, walaupun sebenornya aku prefer at least ada sorang traveler check-in. Bolehlaa buat bersembang dan tak laa aku cuak tido sorang-sorang dalam bilik berkatil empat.

Kau ingat aku ni berani sangat ke, huhuu Allah jer tahu terer ke tak terer mana kita nieh. Ada satu ketika tiba-tiba aku baru tersedar yang aku kat Thailand. Sekali kalau hantu Nangnak keluar dari bawah katil acener, atau tetiba ada rambut berjuntai dari katil atas tu acener. Tapi suara-suara bising kat luar bilik aku menyebabkan aku sedikit lega. Ada ramai travelers bersembang kat luar sampai pukul berapa taktau. Yang pasti European travelers nih memang suka bersembang. Jadi sekarang ni, aku takut kat hantu ke, takut dengan manusia? Hahahaha.... kita takutlah pada Pencipta.

Friday, May 6, 2016

Overland: Hat Yai - Krabi (Part 1)

Assalammualaikum

Ini overland trip aku yang pertama luar dari Malaysia. Pengalaman pertama kali seperti ini kenalah di tulis untuk sentiasa dikenang buat penghibur hati. Sekurang-kurangnya aku tahu pernah satu hari dulu aku ini seorang pengembara. Ya, pengembara atas dunia... destinasi kita mungkin sama tapi laluan kita berbeza. 

Aku mulakan overland trip Hatyai - Krabi ini dari Subang naik bas RapidKL ke KL Sentral kemudian naik keretapi. Kenapa keretapi? Sebab aku boleh tidur sepanjang malam dalam sleeper coach, tak buang masa perjalanan di siang hari dan jimat satu malam duit penginapan. Nampak seperti kerja lecehkan, padahal kapal terbangkan ada. Ya memang leceh, tapi itulah dia ceruk mana pun destinasi kita tuju inshaAllah ada pelbagai laluan yang boleh kita usahakan.



Bas RapidKL rupanya kalau malam during weekdays ada sejam satu jer. Sejam aku tunggu sebab bas pukul 9 malam dah lepas. Pukul 10 malam aku dah standby nak call GrabCar, tunggu lagi 10 minit akhirnya sampai. Driver bas tanya tiang yang aku duk sandar tu taknak ikut sekali? Aku gelak sambil cakap kat dia, tak pernah saya rasa segembira ini bila nampak bas. Sengihnya aku kelegaan dalam kesyukuran.

Tak seperti trip Langkawi sebelum ini yang train delay 2 jam tuu, kali ini keretapi sampai on time. Sebelum naik keretapi tu ada seorang Uncle tanya... aku nak ke mana. Aku cakap laa tujuan aku backpacking seorang diri. Dia cakap 'its very rarely to see a malay female travel alone' aku anggap itu sebagai credit. Hahahaha kalaulah Uncle tu tahu dalam hati aku nih berdebor, awkward, tak tentu arah dok fikir Hatyai tu rupa mana... mesti dia nasihat aku suruh balik jer laa!

Jadi aku selamat tidur dalam sleeper coach dengan nyenyaknya. Subuh bangun solat, cuma coach kali ni takde surau pulak. Takpe tarik langsir solat atas katil. Pukul 9 pagi dah sampai Padang Besar, tak tau nak buat apa ikut jer manusia yang ramai-ramai tu. Tanya passengers yang lain beg nak angkut ke tidak. Adik tu kata ikut suka, tapi kalau hilang KTM tak tanggung. Ok. 

border Padang Besar

  train dari Bangkok ke Butterworth.
satu hari nanti kakak nak cuba route KL - Bangkok pulak.

Beratur kat Imigresen Malaysia, dia check passport dan bagi arrival/departure form. Isi dua-dua form lepas tu beratur pulak kat Imigresen Thailand, dapatkan chop dan tunggu keretapi kat platform yang sama. Begitu.... aku ingat kaunter Imigration kedua-dua negara ni dalam bangunan yang berlainan. Tak eh..... pusing kot situ jugak rupanya. Tapi musykil lak aku ape pasal lepas Immigration Thailand dah chop passport tu, fon line terus tukar ke Siam. Padahal aku berdiri kat platform yang sama... patutlah ada sorang kakak siam ni jual sim kad kat situ. Murah sim kad dia compare kalau beli kat HatYai. 

Kat Padang Besar tunggu train siap dalam sejam, sebab bukan semua coach pergi ke Hatyai. Passengers pun dah kurang dan dari Padang Besar ke Hatyai tak jauh sejam dah sampai. Alhamdulillah touch down Hatyai dengan terharunya terharu. Buat relax macam dah biasa, berdiri kat satu corner tengok passengers yang ramai-ramai turun dari train tu buat apa, ke mana pintu keluar, buat-buat dah biasa. 

Alhamdulillah. sawadikap from Hat Yai Junction.


Selalu aku nampak signboard Hat Yai Junction tu kat mana-mana blog yang kaki travel ke Hat Yai. Menjadi kelaziman gamaknya, macam Bangla posing depan KLCC. Hahahaha bila membayangkan situasi itu aku jadi segan kat orang-orang Siam. Tapi selfie jugak sekeping, bahan bukti!

Keluar dari Hat Yai Junction berpusu-pusu abam-abam siam tegur dan offer transport, island pakej bagai. Buat tak reti jer aku walaupun memang dah plan nak book minivan kat Hat Yai Junction pagi tu jugak. Last-last ada brader ni tanya nak g AoNang ke?.. aku angguk dan dia bawak ke shop lot betul-betul depan station tu. Jenuh sembang, nego, kawtim gak aku amik minivan 400 Bhat ke Krabi. Range minivan ni dalam 300 - 350 Bhat patutnya aku nego lagi, tapi dia awal-awal dah bukak harga 650 Bhat. Bila aku mintak 350 Bhat dia letak 400 Bhat. Kawan aku (penghulu Krabi) cakap kat sini nego kaw-kaw at least 70% dari harga yang dia bagi. 

Dah settle soal transport ke Krabi, ni aku kena cari lokasi hostel pulak. Brader yang suggest minivan tu suruh ikut dia, naik motor. Aku cakap tak pe aku nak jalan kaki jer sambil tengok bandar Hat Yai nih. Jadi aku pun jalan ikut arah yang brader tu habaq. Dalam panas-panas tu aku nampak Restoran Kelantan, jalan lagi ke depan nampak dah nama jalan. Google maps kata dari Hat Yai station jalan kaki ke hostel cuma 10 min. Selamat ..... jumpa pun.

Aku simpan rasa excited travel solo ke negara orang. Sebab tak tahu untung nasib ku untuk beberapa hari akan datang. Kita plan, Allah pun ada plan juga. Travel itu mendidik diri.
Daisypath Friendship tickers