Friday, May 6, 2016

Overland: Hat Yai - Krabi (Part 1)

Assalammualaikum

Ini overland trip aku yang pertama luar dari Malaysia. Pengalaman pertama kali seperti ini kenalah di tulis untuk sentiasa dikenang buat penghibur hati. Sekurang-kurangnya aku tahu pernah satu hari dulu aku ini seorang pengembara. Ya, pengembara atas dunia... destinasi kita mungkin sama tapi laluan kita berbeza. 

Aku mulakan overland trip Hatyai - Krabi ini dari Subang naik bas RapidKL ke KL Sentral kemudian naik keretapi. Kenapa keretapi? Sebab aku boleh tidur sepanjang malam dalam sleeper coach, tak buang masa perjalanan di siang hari dan jimat satu malam duit penginapan. Nampak seperti kerja lecehkan, padahal kapal terbangkan ada. Ya memang leceh, tapi itulah dia ceruk mana pun destinasi kita tuju inshaAllah ada pelbagai laluan yang boleh kita usahakan.



Bas RapidKL rupanya kalau malam during weekdays ada sejam satu jer. Sejam aku tunggu sebab bas pukul 9 malam dah lepas. Pukul 10 malam aku dah standby nak call GrabCar, tunggu lagi 10 minit akhirnya sampai. Driver bas tanya tiang yang aku duk sandar tu taknak ikut sekali? Aku gelak sambil cakap kat dia, tak pernah saya rasa segembira ini bila nampak bas. Sengihnya aku kelegaan dalam kesyukuran.

Tak seperti trip Langkawi sebelum ini yang train delay 2 jam tuu, kali ini keretapi sampai on time. Sebelum naik keretapi tu ada seorang Uncle tanya... aku nak ke mana. Aku cakap laa tujuan aku backpacking seorang diri. Dia cakap 'its very rarely to see a malay female travel alone' aku anggap itu sebagai credit. Hahahaha kalaulah Uncle tu tahu dalam hati aku nih berdebor, awkward, tak tentu arah dok fikir Hatyai tu rupa mana... mesti dia nasihat aku suruh balik jer laa!

Jadi aku selamat tidur dalam sleeper coach dengan nyenyaknya. Subuh bangun solat, cuma coach kali ni takde surau pulak. Takpe tarik langsir solat atas katil. Pukul 9 pagi dah sampai Padang Besar, tak tau nak buat apa ikut jer manusia yang ramai-ramai tu. Tanya passengers yang lain beg nak angkut ke tidak. Adik tu kata ikut suka, tapi kalau hilang KTM tak tanggung. Ok. 

border Padang Besar

  train dari Bangkok ke Butterworth.
satu hari nanti kakak nak cuba route KL - Bangkok pulak.

Beratur kat Imigresen Malaysia, dia check passport dan bagi arrival/departure form. Isi dua-dua form lepas tu beratur pulak kat Imigresen Thailand, dapatkan chop dan tunggu keretapi kat platform yang sama. Begitu.... aku ingat kaunter Imigration kedua-dua negara ni dalam bangunan yang berlainan. Tak eh..... pusing kot situ jugak rupanya. Tapi musykil lak aku ape pasal lepas Immigration Thailand dah chop passport tu, fon line terus tukar ke Siam. Padahal aku berdiri kat platform yang sama... patutlah ada sorang kakak siam ni jual sim kad kat situ. Murah sim kad dia compare kalau beli kat HatYai. 

Kat Padang Besar tunggu train siap dalam sejam, sebab bukan semua coach pergi ke Hatyai. Passengers pun dah kurang dan dari Padang Besar ke Hatyai tak jauh sejam dah sampai. Alhamdulillah touch down Hatyai dengan terharunya terharu. Buat relax macam dah biasa, berdiri kat satu corner tengok passengers yang ramai-ramai turun dari train tu buat apa, ke mana pintu keluar, buat-buat dah biasa. 

Alhamdulillah. sawadikap from Hat Yai Junction.


Selalu aku nampak signboard Hat Yai Junction tu kat mana-mana blog yang kaki travel ke Hat Yai. Menjadi kelaziman gamaknya, macam Bangla posing depan KLCC. Hahahaha bila membayangkan situasi itu aku jadi segan kat orang-orang Siam. Tapi selfie jugak sekeping, bahan bukti!

Keluar dari Hat Yai Junction berpusu-pusu abam-abam siam tegur dan offer transport, island pakej bagai. Buat tak reti jer aku walaupun memang dah plan nak book minivan kat Hat Yai Junction pagi tu jugak. Last-last ada brader ni tanya nak g AoNang ke?.. aku angguk dan dia bawak ke shop lot betul-betul depan station tu. Jenuh sembang, nego, kawtim gak aku amik minivan 400 Bhat ke Krabi. Range minivan ni dalam 300 - 350 Bhat patutnya aku nego lagi, tapi dia awal-awal dah bukak harga 650 Bhat. Bila aku mintak 350 Bhat dia letak 400 Bhat. Kawan aku (penghulu Krabi) cakap kat sini nego kaw-kaw at least 70% dari harga yang dia bagi. 

Dah settle soal transport ke Krabi, ni aku kena cari lokasi hostel pulak. Brader yang suggest minivan tu suruh ikut dia, naik motor. Aku cakap tak pe aku nak jalan kaki jer sambil tengok bandar Hat Yai nih. Jadi aku pun jalan ikut arah yang brader tu habaq. Dalam panas-panas tu aku nampak Restoran Kelantan, jalan lagi ke depan nampak dah nama jalan. Google maps kata dari Hat Yai station jalan kaki ke hostel cuma 10 min. Selamat ..... jumpa pun.

Aku simpan rasa excited travel solo ke negara orang. Sebab tak tahu untung nasib ku untuk beberapa hari akan datang. Kita plan, Allah pun ada plan juga. Travel itu mendidik diri.

No comments:

Daisypath Friendship tickers