Monday, May 23, 2016

Overland: Hat Yai - Krabi (Part 5)

Assalammualaikum.


Hari ketiga di Thailand malam kedua di Krabi. Macam biasa, kenalah cari makan di Night Market. Asyik makan malam jer, breakfast bila? Hostel yang aku stay nih, Pak Up Hostel tak sediakan breakfast dan di area Krabi susah nak jumpa kedai makan yang buka pagi-pagi. Malam memang banyak kedai makan, takde masalah. Jadi carilah hotel/hostel di Krabi yang sediakan sarapan pagi. At least dapat kopi secawan, roti tiga keping dah cukup kenyang kot... bagi aku laaa. Nasi lemak takde minta maaf. Sarapan pagi aku setiap pagi ke 7-Eleven atau Family Mart. Beli hotdog Halal, buah pisang 2 biji, Green Tea (sedap weh) atau yogurt.. sebab aku risau perut meragam jadi bekalkan perut dengan yogurt. Hotdog tu sepaket ada 4 ketul, minta staff 7-E panaskan dan makan dalam kedai berair-con sejuk tu.

a friend like Joy is enjoyable to talk to :)

Malam kedua ni aku pergi Night Market dengan kawan baru, Joy nama dia asal dari Bangkok. Aku perasan si Joy ni walaupun dia orang Thailand tapi dia tak cari orang Thailand untuk dibuat kawan. Dia selesa berkawan dengan pelancong asing. Bila travel aku selalu jumpa orang Malaysia yang travel in group dan not so friendly bila jumpa orang Malaysia yang lain. Then terus andaikan mereka-mereka itu sombong. Padahal bila difikirkan balik aku pun sombong juga hahaha setakat senyum takde nak borak sangat. Samalah dengan si Joy ni bila dia treat orang yang senegara dengan dia. Tapi dengan orang lain, aku contohnya semuaa benda dia cerita. Dan aku pun selesa jer sembang dengan dia. 

Hairan juga aku, sampailah aku buat konklusi sendiri. Kita travel sebab nak mengenali cara hidup orang dari negara lain, yang dari negara sendiri ni banyak yang kita dah tahu. Pendapat aku laa, mungkin orang lain ada pendapat sendiri. Yang pasti aku dah tak kisah orang Malaysia nak kekwat bila pergi oversea, aku senyum jer.. kan senyum tu sedekah. Kalau nak buat aku halimunan pun pedahal... pergi travel pakai duit masing-masing. Kalau terjumpa, senyum dan kalau dia ajak sembang, kita sembang. Seeloknya kita sembang, manatau kawan tu ada info best-best yang boleh dia share. Tapi kalau tak, tak kisah pun.

Joy cerita yang ini adalah pengalaman pertama dia travel sorang-sorang, mulanya dia nak pergi Cambodia tengok Angkor Wat. Tapi since first time dia solo travel, jadi dia decided to travel in her own country. Samalaaa dengan aku, aku pergi Langkawi dulu kot. Dia kata lagi kat Krabi ni semua experience yang dia kutip adalah bersifat kali pertama. First time snorkeling, first time stay hostel - mixed dorm pulak tu, first time naik flight sorang-sorang, first time itu ini. Banyak.... aku pun dah lupa. Yang paling best aku tanya why do you travel alone? Dia kata sebab putus cinta, tragik kot cara dia putus cinta tuuu. Aku laaa yang menjadi pendengar, nasib baik si Joy nih kuat takdela nak nangih-nangih kalau nangih jenuh pulak aku nak pujuk. Atau mungkin dah banyak kali dia nangih kot, mana kita tau. Sempat aku suruh Joy datang Langkawi tapi dia tak tau Langkawi kat mana, aku suruh google jer. 

playground tutup, dan dorm full.

Aku ajak Joy hiking ke Naga Trail keesokkan pagi, tapi Joy kata flight dia esok pagi pukul 7. Lepas tu dia ajak pergi Playground lepas pusing Night Market. Ada apa kat Playground aku tanya, dia kata ada game Giant Jenga which is menurut Joy dia memang pandai main Jenga block tu. Malam pertama aku tidur kat hostel ni, memang riuh playground kat bawah tu. Kata Joy masa tu ada game, siapa kalah kena denda dan dia asyik kalah jer. Suka aku tengok si Joy ni enjoy life lepas putus cinta, walaupun still tak boleh move on tapi takdelaa nak meratap hiba mengurung diri. Biarlah cinta sahaja yang buta, kita yang celik ni rugi bila membutakan hati. Okeh malangnya... ataupun sebenarnya syukurnya malam tu playground tutup.. hostel cancel semua aktiviti kat playground sebab esok nak pergi hiking. Yay!

Halal Thailand  

Eh jom laa jalan-jalan Night Market tengok makan apa lak yang sedap malam nih. Aku beli Pad Thai yang nampak macam keow tiau goreng yang ditabur kacang tumbuk dan chili flake. Pedas sungguh chili flake dia tak boleh nak cerita, letak sikit jer lain kali. Dalam pedas tu aku beli sampai dua. Satu makan kat Night Market satu lagi bawak balik hostel untuk breakfast esok pagi. Kemudain beli banana nutella pancake yang ramai duk tercari-cari bila datang Thailand. Aku harap tak lama lagi banana nutella pancake tu viral kat Malaysia macam pisang goreng cheese. Senang kot nak buat dia, macam roti canai.. bubuh pisang kat dalam, goreng garing kemudian sapu chocolate nutella lebih. Jual 3 ringgit dah laa kan. Hehehe tak ingat lak aku beli berapa bhat.

kedai cenderamata dan cenderahati, dari mata pergi ke hati

Memandangkan esok lepas aktiviti hiking aku akan check-out dari Krabi dan stay kat Ao Nang, so aku pun mencari la souvenir. Ada satu kedai khas untuk souvenir dan yang paling best pekedai tu bagitau aku boleh post postcard ke Malaysia. Stamp 15 bhat sahaja dan akan sampai paling lambat pun 3 minggu. Tak pernah aku travel kemana-mana dan hantar postcard kat sesiapa. Aku fkir why not, kita cuba-cuba hantar kalau sampai Alhmadulillah bolehlah hantar lagi.

tak beli sebab mahal dan tiada keperluan untuk 
membawa buluh pulang ke Malaysia

Berjalan-jalan lagi beli fruit juice, Joy pulak beli air mojito cocktail tah apa ke benda nama dia. Air yang di isi ke dalam buluh. Dia kata nak bawak balik buluh tu buat souvenir kat diri sendiri. Dah beli macam-macam cari meja, duduk dan makan sambil dengar mini live concert. Lagu malam tu semua genre sedih, lagu untuk orang putus cinta macam Joy -- dia kata. Seronok pulak sembang pasal si Joy nieh, nanti kalau aku sesat ke Bangkok boleh laa cari dia.

the amateur 

No comments:

Daisypath Friendship tickers