Monday, May 16, 2016

Overland: Hat Yai - Krabi (Part 3)

Assalammualaikum

Hari kedua di Hat Yai, pagi ini aku akan bergerak ke Krabi menaiki minivan door to door service. Jadi aku expect driver pick-up dari pintu depan hostel di Hat Yai dan hantar depan pintu hostel di Krabi. Tak payah lah aku pergi ke stesen minivan tu dan tercari-cari hostel di Krabi nanti dengan mengendong backpack. Namun jangkaan aku sedikit tersasar, well khidmat hostel transfer tu ada. Tapi.... aku terkesima sekejap bila yang datang pick-up aku tu seorang pakcik baya-baya abah kita dengan kapcai dia. Gangster pakcik nih, dia duk tuding jari kat aku dan cakap..

"Hey you!, Come"

Haaaaaa drama sangat.... garu kepala aku sekejap, walaupun aku memang yakin betul yang pakcik nih datang jemput aku. Sebab sebelum tu aku dah suruh staff hostel call agent minivan nih. Tanpa banyak soal dan tergelak-gelak aku pun memboncenglah kapcai pakcik tuu, dengan takde helmet, pastu dia redah jalan short cut, pastu kat trafik light sempat perasapkan rokok yang member dia bagi. Haaaa ini kalau kat Malaysia aku takkan buat weh keje nih. Gila kau! Dalam gila-gila tu aku gelak sorang-sorang atas motor sambil berfikir... ini rupanya yang dipanggil 'hostel transfer' kahkahkah nasib tak jauh, 5 minit je.



Nak naik minivan ni pun satu hal... selagi van tak penuh, selagi tu dia pusing Hat Yai ambil penumpang merata-rata. Bergerak pukul 10pagi, pukul 11pagi still lagi dalam kawasan Hat Yai. Sebiji minivan ni boleh memuatkan seramai 12-15 orang. Jarak perjalanan Hat Yai ke Krabi ni, ada yang kata 3 jam, ada kata 4 jam tapi yang sebetulnya 5 jam. Agak sempit minivan ni, seat dia seluas seat dalam flight Air Asia. Selalunya untuk perjalanan yang lama dan jauh aku akan rasa mabuk bila tak memandu. Alhamdulillah tak mabuk, mungkin dah set awal-awal overland trip kena lah hadap semua ketidaksempurnaan itu.

Sepanjang perjalanan melalui kawasan selatan Siam aku perhatikan banyak rumah-rumah kampung sebiji-sebiji. Ada sawah padi yang dah kering, ladang getah, nampak sama seperti kampung-kampung di Malaysia. Selatan siam meliputi Satun, Songkhla, Patthalung yang mana ramai orang Islam. Senang jumpa kedai makan halal dan surau bila berhenti di R&R. Owhh R&R dia tak banyak ye, bukan jalan highway takde toll pun. Berhenti kat R&R lepas 2 jam perjalanan, itu pun sekali jer. Haaaa buang air kecil awal-awal kat Hat Yai tau.

Hostel berkonsep classroom. 
Siap ada playground nanti-nantilah aku cerita tehee

Akhirnya sampailah aku ke hostel kedua. Hostel ni lebih besar, lebih ramai roommates, lebih meriah, lebih bising, yang pasti dalam female dorm with 10 beds tu, aku sorang jer Melayu. Aku pilih katil atas sebab nak privacy kononnya dan boleh laa aku intai-intai aktiviti minah-minah salleh ni. Ada yang peramah sangat, ada yang senyum-senyum jer, ada yang check-in hostel naik atas katil terus tidur tak bangkit-bangkit. Bagusnya diorang buat hal masing-masing, tak kacau orang, semuanya solo traveler datang sendirian dan pandai-pandai cari kawan kat hostel ajak beraktiviti sama-sama. Sesuatu yang aku buat di hari keesokkannya.

Krabi Crab statue

Krabi tak semeriah Ao Nang, memang takde apa-apa sangat sebab tu ramai yang suka stay kat Ao Nang. Kira Krabi ni macam pekan Kuah dan Ao Nang tu macam Pantai Chenang, Langkawi. Krabi lebih pada santai-santai tepi sungai, enjoy scenery malam yang tak serabut, makan-makan di Night Market atau western restaurant, bergaul dengan locals. Ramai juga orang Thailand dari merata-rata tempat datang sini. Sampaikan orang locals pun sangka aku ni orang Siam, aku Sawadikap jer, senyum-senyum, angguk pastu sebelum blah cakap Khab Kun Kap. Apa dia sembang pun aku buat-buat paham jer laa.

 

Yang penting malam mesti pergi Night Market, cari makan. Macam biasa nak makan kena hati-hati jangan main sapu jer, bagi salam dulu kalau dia jawab salam.. okeh beli. Tanya juga ingredients makanan tu, macam pulut mangga tu takyah syak wasangka sangat. Night Market dia meriah, ada stage besar gedabak bukan macam kat Uptown Kota Damansara tu weh. Ni stage besar set-set untuk artis kot, dengan sound system yang not bad dan penyanyi amatur bersuara sedap untuk telinga kita mendengarnya. Di tengah-tengah Night Market ada kawasan lapang untuk kita duduk makan lepak-lepak sambil melihat gelagat orang tempatan dan pelancong asing. Sampah jangan tinggalkan atas meja, pergi buang sendiri takpun nanti ada makcik lalu-lalang bawa plastik sampah hitam.

takoyaki pun ada

aku tanya kawan dari Bangkok cara nak buat aiskrim ni. dia tak tahu huhu

Rasa soya, lembut ingatkan candy

Bila travel solo kadang-kadang kita jadi cepat lupa sebab banyak sangat benda nak kena ingat. Dan aku boleh terlupa jalan balik ke hostel! Terpaksalah aku buka google maps. Padan muka aku, sebab yakin kunun-kununnya dengan jalan short cut imaginasi sendiri. Mengelabah berpeluh dahi juga dibuatnya, bila dah jumpa jalan yang betul boleh pulak terlepas hostel. Dah lalu depan hostel tapi pergi jalan ke depan lagi... isshh memang sejenis berjalan tak toleh kiri kanan aku nih, jenis yang berpandangan ke depan. Sampailah aku  ke hujung jalan yang tiada apa-apa melainkan jalan yang gelap gelita. Ahhhh pusing balik, gerak perlahan-lahan  tengok kiri-kanan jumpa juga akhirnya. Alhamdulillah.

Home sweet Home

Satu hari yang panjang bagi aku dengan perjalanan sejauh lebih 300km. Bukan melalui lebuhraya bertol macam dari KL ke Ipoh tu. Melaui kawasan pendalaman, driver ikut short cut, ada sesetengah jalan yang beralun, dengan minivan yang sempit. Sanggup dengan tidak jer meredah semua itu dan di akhir waktu apa yang kau dapat adalah sebuah cerita dan tidur yang lena.

No comments:

Daisypath Friendship tickers