Saturday, April 9, 2016

Pulau Langkawi - Part 2

Assalammualaikum,

Lama kan episode dua Pulau Langkawi nih bersambung, sepurnama lamanya. Sibuk sikit... tapi dah janji nak konsisten jer update. Tak kisahlah lama mana pun kakak tetap update dan kakak jugak laa yang akan tetap baca. Semua ciri-ciri penulisan yang tak menepati citarasa adik-adik bukan masalah kakak. Kakak bagitau awal-awal supaya tak di anggap syok sendiri. Heeheheheh

Okay kita sambung Day 1 di Langkawi selepas berjaya sewa kereta, berjaya sampai ke Pantai Chenang tanpa bantuan Waze dan berjam jugak mencari hostel Melati's VIP Female Dorm. Berpeluh keliling Chenang cari hostel dengan bateri phone kong, perut lapar, tanya orang sana-sini... padahal tepi jalan jer, cuma kena jalan kaki sikit dari main road. Check-in, kak Elle brief sikit pasal hostel, bagi kunci locker dan kunci main door. Dia kata after 11pm main door hostel kena lock so siapa yang balik selepas pukul 11 malam buka lah pintu sendiri. Rasa selamat stay kat hostel ni dan privacy sebab setiap cubicle ada langsir. First experience duduk hostel, lena bukan main aku tidur. Ada laa minah2 salleh lepak kat luar sembang-sembang, aku tak join, first day belum biasa senyum-senyum jer.

Nak buat apa kat Langkawi sorang-sorang nih. Ahhh travel seorang diri doesn't mean ko sunyi ye tak. Dah ada kereta apalagi kita pusing laa satu Chenang. Matahari terbenam cantik di Pantai Tengah. Sambil tunggu matahari terbenam, duduk bersila tepi pantai dengar bunyi ombak, tanam kaki dalam pasir, tengok gelagat orang, dia senyum kat kita - kita senyumlah kat dia.. kan! Selain aktiviti percuma, boleh juga main parasailing, jet ski, banana boat ke. Kakak tengok jer, solo traveler tak boleh membazir yang bukan-bukan.

Pantai Tengah berlangit biru

Walk slowly, look closely and praise Allah

 Belum ramai orang lagi nih, aku pun relaks jer jalan tanpa kerisauan

 Terbenam


Lepas terbenamnya matahari, hari pun malam. Singgah sekejap Chenang Mall beli coklat murah. Errr murah ke...... agak dah mahallah jugak. Bukan coklat aku pun, orang kirirm. Tu jer laa aktiviti free kakak, boring? Hahahahahha aku enjoy kot rasa puas hati dapat rancang impian baik-baik. Masing-masing ada cara dan impian masing-masing kan, ikut cara kita.

Sambung part seterusnya di waktu senggang. Gambar-gambar semua di snap dari handphone cikai yang baru-baru nih jatuh memecah-belahkan skrin langsung tak boleh on. Kakak redha. K bye!

1 comment:

Daisypath Friendship tickers