Tuesday, February 9, 2016

Penang 2015 - Finale (Foods Heaven)

Assalammualaikum

Salah satu sebab aku suka datang Penang adalah makanan-makanan dia. Makanan tu biar murah dan nampak simple asalkan ada rasa, portion yang tak kedekut dan mengenyangkan perut suka hati. Setakat ini tak pernah lagi dikecewakan dengan makanan belah-belah utara nih. Sebab tu aku tengok ramai yang sanggup beratur panjang demi sesuap nasi. Hairan.... hairan....

Aku senaraikan tempat-tempat harus datang untuk mengisi perut. Travel tak sah tanpa makanan tempatan tapi make sure makanan tu halal lagi baik jangan sampai memudaratkan. Penang kecil jer bhai hang pi Waze kat mana nak makan inshaAllah sampai.

1) Sarapan di Pasar Taman Tun Saardon

Baru 2 kali makan kat sini dan selalunya datang pagi Ahad. Punyalah ramai orang, bukan penduduk tempatan ajer kadang-kadang riders yang konvoi reramai tu pun ada, bikers pun sama, backpackers apatah lagi. Femes sangat dah Pasar nih. Datang sini kena cuba Moi, Serabai, Sandwich ketam, Nasi Lemuni aaaaa.... banyaklaa lagi. Keunikan makanan kat pasar ni, semua makanan dia sedap dan murah. Jarang aku dapat makan sarapan yang betul-betul mengenyangkan perut. Ni jenis tukang masak dan peniaga yang ikhlas berniaga.

2) Nan Tandoori at Kapitan Restaurant

Bergetar perut tengok chicken tandoori dia weh... baru tengok belum rasa. Ini pun amik nan kosong jer dah cukup. Ayam lembut dan diperap secukup rasa, di panggang penuh kasih sayang, kuah dal dan apebenda yang hijau tu aku tak tau rasanya masam-masam, ada lime skit kut dan manis. Dengan bawang segar. Makanan terbaik, servis sikit kurang. Dan ada hiburan percuma di luar restoran, kitaorg jumpa few 'orang kurang siuman' tapi mereka tak kacau sesiapa. Mereka membebel tak tentu hala sepanjang kitorang makan. Terhibur...

3) Restoran Hameediyah.

Restoran ni tiada dalam itinerary, datang sini setelah direkemen oleh peniaga kain kat Chow Rasta. Kebetulan dah dekat jadi kami pun singgah dan tertanya-tanya sedap sangat ke sampai ramai yang sanggup beratur panjang? Uniknya restoran ni, ada dua lot kedai dalam satu block yang sama tapi terpisah dengan 2 ke 3 buah kedai lain. Order makanan kat lot kedai yang pertama, bawak makanan yg dah di order tu makan kat lot kedai kedua. Jadi kau kena pandai susun strategi. Strategi kitorg haritu tapau makan kat hotel. Sekarang percayalah tiada yang mudah demi sesuap nasi. Ada nasi kandar, nasi putih dengan pilihan lauk-pauk, air mojito dan murtabak

 Empayar Hameediyah
 tak sangka aku ada kesabaran beratur gini panjang
 Murtabak

4) Sup Hameed 

Sila lengkapkan itinerary ke Penang dengan singgah ke Restoran Sup Hameed. Rasa sup ni dari 3 tahun lepas sama ajer aku rasa. Tak berubah dan tak jemu di makan. Banyak branch Sup Hameed ni, kalau nampak signboard Merah Jambu, staff pakai uniform Merah Jambu... maka Sup Hameed lah tu. Apa kau fikir Merah Jambu hanya milik Dato' Vida? Sup daging yang simple dengan sepotong roti lembut dan side order murtabak daging. Boleh pilih nak sup Ayam, Kambing, Lembu, Perut, Ekor, Lidah, Burung Puyuh.

5) Restoran Aur Gading Mee Udang Sg Dua
(terpaksa aku google nama restoran ni, kakak mudah lupa)

Yang ini jauh sikit dari Georgetown. Kat Jalan Sg Dua, area nak ke Kepala Batas sana. Dekat dah dengan rumah mak menakan kat Bertam nun hehehehe. Terbaik punya Mee Udang, udang fresh, besar gedabak, makan dua ekor udang ni kenyang sampai ke Kuala Lumpur. Tapi mahal sikit so sediakan bajet yang cukup. Sup ketam dia pulak, manisnya isi ketam. Semangkuk sup kongsi 4 orang, cukup untuk semua. Total makan 4 pinggan mee udang, semangkuk sup ketam, semangkuk kerang rebus dan air sorang segelas RM123.50. Kena sembelih kah?.... Entah lah nak, asalkan masakan dia sedap.

 harga ikut berat si udang
RM18... ingatkan sup ketam yang mahal. rupanya tidak

Aku rasa kalau aku jalan-jalan lagi ke Penang mau aku datang makan kat tempat-tempat yang sama nih lagi. Sebab mengidam makanan kat sini tak leh hilang laa. Breakfast kat Pasar Saardon tu especially, bertahun-tahun ingat lagi kesedapan Moi. Ohhhh Moi takde gambar tak sempat snap terus balun panas-panas tu. Ada banyak lagi restoran yang sedap. Nasi Kandar aku tak minat sangat sebab tu tak pergi Nasi Kandar Beratur atau Line Clear. Tapi Line Clear patut dah boleh pindah ke tempat lain kut yang lagi besar dan selesa. Takkan tokeh Line Clear tu tak kaya-kaya kot... invest laa sikit. Nasi Kandar Beratur Original nampak laa haritu, depan Masjid Kapitan memang ngeri punya beratur. Orang yang beratur jer dah 2 khemah, tepi jalan lak tu.. Tah apatah rachiew nasi-nasi kandar ini. Dah itu jer kisah Penang, harap korang kenyang.

No comments:

Daisypath Friendship tickers