Sunday, July 2, 2017

Kansai, Japan (9/6/17 - 13/6/17)

Hai blog yang dah lama sepi. Terasa nak menulis sebuah catatan pengembaraan ke Jepun. Tulis kat facebook tak dapat nak syok sendiri. Blogging jer yang dapat memuaskan hati sendiri dengan penulisan sesuka hati tanpa peduli perasaan orang lain. Lagipun siapalah yang suka baca blog sekarang kan?

Aku kena catat pengembaraan ke Jepun ni sebab terlalu adventurous! AirAsia bila ada tiket promo susah juga kita nak tolak. Bayangkan tiket sehala pergi Kansai boleh dapat RM99, gila ker nak tolak? Mengigil juga tangan masa nak buat payment tu. Bukan sebab murah sangat tapi tengah berfikir mampu ke aku hidup kat negara Jepun nih? Pergi seorang diri lak tu, bulan puasa lak tu, terbang minggu depan lak tu dan tak buat research apa langsung pasal Jepun. Tapi selepas aku cuba bertenang dan percaya apa yang aku buat nih betul aku pun zasss zasss kan debit card.

Alhamdulillah aku sangat waras ketika itu hahahahha.

Beberapa minggu sebelum tu, duk bersembang dengan kawan. Kitorang sama-sama teringin nak merasai pengalaman berpuasa di negara orang. Then kawan tu cakap, nantilah dah tua-tua sikit boleh kumpul kekuatan untuk cuba pengalaman baru. Sekarang rasanya memang dah tua pun, jadi inilah masa terbaik! Selain mahu mencuba pengalaman baru, faktor nak meraikan umur baru turut menjadi sebab pengembaraan paling adventure selama hidup 40 tahun ini. Ye......EMPAT PULUH TAHUN....

Alhamdulillah.

Jadi...aku beli tiket seminggu sebelum tarikh penerbangan. Aku ada seminggu nak buat itinerary, nak ambil tahu pasal Osaka, Nara dan Kyoto, nak carik hostel, nak cari restoran halal, nak tau sistem pengangkutan di Jepun, nak tau macam mana nak bergerak dari point A ke point B ke point C bla bla bla... nak makan apa masa berbuka puasa kat sana nanti dan nak bawa duit Yen berapa banyak nih? Semua persiapan dalam masa seminggu. Sekali lagi aku tenang menghadapi semua tu. Pengembaraan kena diteruskan, inshaAllah nanti Allah hantar bantuan dalam bentuk kelapangan fikiran contohnya. Dalam hal buat research last minit nih aku sangat berterima kasih kat page facebook "Road to Japan". Cool gila kot semua members dalam group ni, masing-masing pakat share info. Tak lokek langsung dengan informasi, dari sinilah aku tau pasal pass-pass yang dapat menjimatkan kos pengangkutan.

So yeah... itinerary siap, hostel murah tapi selesa dah book, dah tau nak ambil pass apa, dah tau macam mana nak bergerak dari sini ke situ ke sana, dah beli data sim card, travel insurance, dah tekad nak ke Jepun seorang diri dan tak sangka cepat betul jodoh kita sampai. Genap 40 tahun kehidupan di dunia aku jejakkan kaki ke Jepun. 9 June 2017 tarikh dimana dada aku sesak dengan keterujaan, kepala ku penuh dengan perancangan, senyuman ku terpaling lebar sekali dan aku sampai ke negara baru. Negara Doraemon, Ultraman, Super Mario, Oshin, Maero Attack, Bleach, Orange Range, Mongol 800, Yamapi, Ryo-kun, Maki-chan....aaaaahhhh terlalu banyak pengaruh Jepun tanpa aku sedar telah merasuk diri. Best sangat ke Jepun nih?

Ini yang aku dapat melalui pemerhatian terhadap orang-orang Jepun, Kansai terutamanya :-
  • Orangnya pendiam tapi bila kita tanya sesuatu mereka cuba membantu.
  • Kalau berkumpulan mereka tak senyap mana pun, kecoh jugak menjoyah.
  • Suka pakaian yang casual, sopan dengan warna-warna basic hitam, putih, dark blue. Susah nak tengok mereka pakai baju warna terang.
  • Cashier & sales assistant yang terlalu menghormati pelanggan. Kita dah "hait-hait" banyak kali diorang tak habis greet customer lagi. 
  • Cashier terima duit & credit card dari customer dengan kedua-dua belah tangan. Mungkin itu S.O.P mereka.
  • Sentiasa berjalan laju tanda menghargai waktu, mungkin? Nak kata mengejar train tak juga sebab train setiap 3 minit sentiasa ada. Kadang aku lak rasa bersalah sebab orang belakang kena slow down ikut rentak aku. Ada satu ketika cepat-cepat aku stop tepi tiang bagi laluan kat dorang.
  • Mereka kelihatan sangat sibuk, sangat komited, sangat berkerja keras dan menghargai tetamu (pelancong).
  • Terlalu menjaga kebersihan. Ada seorang auntie ni duk menyapu kawasan luar kedai tapi aku tak nampak sampah pun. Aku duk perhati dia sapu sungguh-sungguh. Mungkin itu S.O.P yang dia kena ikut; menyapu di waktu sekian-sekian?
  • Suka berjalan dan menikmati kehidupan. Terjumpa seorang nenek ni dah tua sangat berjalan terbongkok-bongkok tapi tetap mampu melintas jalan. Dan kedai-kedai game penuh dengan atuk-atuk.
  • Selain train, basikal adalah antara pengangkutan yang biasa dilihat. Mungkin dari rumah diorang naik basikal ke train station sebab nampak banyak basikal parking kat kawasan sekitar station.

Namun begitu, susah juga aku nak berkawan-kawan dengan orang Jepun ni. Macam aku cakap tadi diorang pendiam sikit, takde nak senyum kat kita tak tentu pasal. Kalau kat Korea bila naik train ada juga 2-3 orang ahjushi yang tanya datang dari mana? Orang Jepun tak suka menyibuk agaknya. Entahlah aku cuma spent 5 days 4 nights jer pun kat negara matahari terbit ni. Tak boleh nak buat penilaian 100%. Anyway aku merasa selamat berada di tengah-tengah kota yang sibuk dengan manusia yang tak pernah surut berkejaran ke sana sini dan tak peduli apa yang aku pakai sebagai penutup kepala ni.

Ada suatu ketika aku tersedar aku seorang jer orang melayu dalam train ni, aku seorang jer yang pakai tudung, aku seorang jer yang yang berkulit gelap tapi tetap aku tak merasa asing. Dalam banyak-banyak trip, trip kali nih yang paling sikit jumpa melayu. Indahnya

p/s : berdoalah post seterusnya bukan di tahun hadapan heheheh.

No comments:

Daisypath Friendship tickers