Thursday, July 20, 2017

Kansai AIrport - Nankai Line

Sambung blog pasal Kansai lagi.

Sesuatu yang aku kagum sebaik menjejakkan kaki ke sini ialah sistem yang diamalkan oleh orang Jepun. Sejenis yang memudahkan semua pihak jika engkau ikut prosedur. Keluar dari flight berjalan sikit, cari train untuk transfer ke terminal. Sampai terminal kena lalu satu gate ni ramai-ramai, ada dua orang pegawai yang monitor suhu badan kita. Kalau kat monitor ada tanda merah maknanya tak sihat so kena soal siasat laa kot. Sebelum keluar dari terminal beratur kat imigresen hulur white card yang dah siap-siap isi dalam flight tadi, chop passport. Ehh tapi dia tak chop, dia tampal VOA kat passport. Lepas tu scan bag dan selesai. Semua proses ni ambil masa 15 minit.

Orang tak ramai ke masa sampai tu? Ramai, mana boleh tak ramai satu flight pun dah 300++ penumpang. Part sistem ni memang kita tak boleh nak lawan. Entah macam mana mereka buat audit kan, entah banyak mana cetificate yang perlu ada, entah macam mana semua crew mampu ikut piawaian kan? Aku yang terpaksa hadap ISO 9001:2015 setahun sekali pun menyampah kena audit. Sebab audit kita tak telus dan sekadar nak mendapatkan sijil, standard tak jaga. Ermm bosan laa sembang hal kerja.

Cuma nak bagitau setakat ni proses masuk ke Jepun paling efisyen berbanding negara lain yang pernah aku pergi. Jadinya bersyukurlah visa ke Jepun dah dimansuhkan.

Keluar terminal beli semua pass kat kaunter. Senang juga nak cari kaunter ni, buat research awal-awal apa pass yang kita nak. Dah beli, naik tingkat 2 cari train station Airport Nankai Line. Beli tiket ke Osaka-Namba station. Ada dua jenis train, express train dan train yang stop setiap station. Orang kaunter tu pun jujur, dia akan tanya nak train yang bayar mahal ke murah. Dari Kansai Airport ke Osaka ¥920.

Perjalanan dari Kansai Airport ke Osaka mengambil masa dalam 45 minit. Sepanjang perjalanan dalam train aku berdiri dan perhati bentuk bangunan, parks, resident area dan orang-orangnya. Dari pembacaan aku dapat tau Kansai Airport terletak di sebuah pulau buatan. Dari dalam train boleh nampak laut yang memisahkan pulau buatan ini dengan tanah besar. Di laluan train kebanyakannya adalah kawasan perumahan. Dengan rumah yang sebiji bersaiz sederhana, rumah teres berkembar dan rumah flat 4-5 tingkat. Aku tak nampak kondo, mungkin bukan di laluan ini. Ada pula disebelah rumah itu tanah sekangkang kera yang dijadikan sawah padi, kebun-kebun sayur. Ada taman-taman yang kebanyakannya penuh dengan anak-anak Jepun bermain baseball. Sampai di Namba stesen hampir jam 5.30 petang. Dari Namba naik lagi train ke Sakuragawa dan dari situ jalan sikit dalam 5 minit dah sampai hostel.

Sebolehnya bila travel aku elakkan dari sampai ke hostel sebelum malam. Bila hari dah gelap susah pula nak cari jalan ke hostel. Selepas google lokasi Briller Sakura Hostel sampailah aku ke hostel paling comel pernah aku book. Dari luar bangunan cuma nampak pintu warna pink. Pintu seketul ala-ala doraemon tu bila dibuka terus nampak tangga. Sebelah kiri tangga ada lobby/pantry yang menempatkan fridge, TV, microwave, sofa, sinki, bar table & stools. Ruang lobby ni kecik jer tapi kalau dah nama dia Jepun, pandailah mereka adjust tempat ni jadi 2 in 1.

Reception counter dan female dorm kat tingkat satu, mixed dorm tingkat 2. Di setiap floor ada bathroom yang bersih gila! Hostel ni agak baru, selesa sangat, 4 malam ¥6000. Tak jauh dari train station, walaupun ramai yang prefer stay area Namba/Dotonbori tapi aku sukalah Briller Sakura sebab tak sibuk sangat kawasan ni. Kat bawah ada restaurant dan kedai dobi. Cuma satu yang kurang, sini takde iron....baju/tudung kedut kau redha ajerlah kak!

Ruang dalam dorm ni agak besar, satu dorm maybe ada 16-20 katil. Ada space untik bersolat, ada locker kecil, air-cond sedap, setiap katil ditutupi langsir (aku suka konsep privacy camni), ada lampu. Boleh tukar tuala setiap hari dan bila nak check-out tinggalkan ajer kunci hostel & locker kat reception counter bila-bila suka. Prosedur check-in/check-out yang paling mudah.

Masa ni dah summer sepatutnya, waktu siang panjang 16 jam, subuh pukul 3 pagi. Inilah pengalaman pertama aku bersahur, berpuasa dan berbuka puasa di perantauan. Seronoknya jadi perantau merasalah berbuka puasa dengan Nobita. Aihhhhh rindunya. Bila disebut-sebut makin rindu, makin teringat-ingat suasana berbuka puasa di pantry hostel ditemani strangers. Pengalaman kita berbeza, tak dijual dimana-mana dan bukan untuk berlumba dengan sesiapa. Ianya lebih kepada mengajar kita jadi lebih baik.

Okay bersambung....

No comments:

Daisypath Friendship tickers