Sunday, February 14, 2016

Pulau Langkawi - Part 1

Assalammualaikum

Destinasi seterusnya ialah Pulau Langkawi. Selain menjadi tempat bersejarah di Malaysia, Langkawi juga akan menjadi sejarah perjalanan solo aku yang pertama. Jadi ianya akan di ingati, di simpan ketat-ketat dalam hati dan di 'throwback' berkali-kali sebagai kenangan yang paling indah. Syukur sebab Langkawi tak jauh mana pun dan inshaAllah akan datang lagi. Sebab banyak lagi outdoor activity yang belum buat, dan semua aktiviti tu dalam senarai wish list. Wish yang tak kesampaian jangan di abai begitu ajer.

Backpackers dengan bajet ciput harus sedar diri, kita tak mampu nak naik Rayani Air. Jadi pilihan pengangkutan yang terbaik sekali untuk journey yang jauh nih eloklah naik keretapi. Sedap naik keretapi ni serius. Aku amik tiket Super Night Class, katil atas murah RM6 dari katil bawah. Lepas konduktor check tiket, kau relaks dan tidur jer... takkan nak karaoke kut. KL Sentral to Arau 6 jam dan train aku masa tu delay 2 jam. Patut bertolak pukul 12am tapi train sampai pukul 2am. Merasa tidur duduk secara berjemaah dengan backpackers yang lain kat KL Sentral. Walaupun delay 2 jam tapi train cuma lambat 15 minit jer dari masa jangka tiba di destinasi... jadi berbangga laa dengan KTMB. dalam train ada surau, toilet bersih, ada kantin dan boleh lihat keluar jendela tengok panorama sambil berkenal-kenalan dengan passengers yang lain. Ada passengers yang nak turun ke Hatyai lalu ke Krabi, hmmm kakak boleh cuba ni.

 view dari Coach 1, katil atas no. 25

Dah sampai Arau jangan tunjuk muka mengelabah, ikut crowd turun bawah nampak teksi lalu habaq mai kat depa 'cheq nak pi Kola Perglih'. Haaa slang tu kena betui biaq depa tak syak hang orang luaq. Tulis woih tips ni, jangan berlagak cakap Kay El sangat hahahah....

Teksi dari Arau ke Kuala Perlis RM26 sehala, depan jeti ada banyak kedai makan, gerai dan bank. Sarapan kejap, kat situ ada Laksa Kuala Perlis yang femes tu tapi aku pekena roti bakaq. Beli tiket feri sehala RM18 tapi aku dapat RM10.... Alhamdulillah terima kasih kat brader jaga kaunter tu dia tau kakak bajet ciput kut. Lepas dapat tiket then dia offer kereta sewa kat Langkawi lak dan dia mintak deposit 20%. Masa ni kena pandai-pandai buat keputusan samada nak percaya ke tak. Kalau nak amik kereta sewa sebelum sampai Langkawi pastikan mintak resit dan contact number yang in charge kat Langkawi.

Naik feri dari Kuala Perlis ke Kuah lebih dekat dari naik di Kuala Muda. Satu jam jer dan dalam feri dorang main movie Dilwale dengan subtitle merepek yang aku syak Bangla punya kerja duk translate ke Bahasa Melayu. Merepek sungguh, aku sabar jer menahan gelak... sudahnya sampai harini aku malas nak tengok Dilwale.

Touch down jer kaki kat Jeti Kuah aku pun terus snap gambar sekeping.

Kemain seronok masa tu, syukur selamat tiba ke Langkawi dengan membawa sekeping hati yang terbuka. TERBUKA ok.... luka luka kita tak suka. Keluar jeti call orang kereta sewa, dia datang pick up kat jeti bawak pi area Pasar Rabu amik kereta, bagi kunci, bagi deposit dan bagi pinjam powerbank. Baik sungguh orang Langkawi 3 hari aku belasah powerbank dia. Hahahahah terima kasih... terus dapat sorang kawan, nanti datang Langkawi boleh laa mintak tolong lagi.

Dengan bateri phone yang kong, powerbank pinjam pun tak de power, maka tak dapatlah aku nak gunakan applikasi Waze langsung. Nak ke Pantai Chenang takde masalah, nak cari hostel tu yang masalah. Pusing punya lama tanya orang sana-sini akhirnya jumpa. Aku pilih Melati's VVIP Female Dorm dekat sangat dengan Pantai Chenang jalan kaki 3 minit dah boleh nampaklah pasir pantai yang putih, ombak, air laut biru dari jauh. Solo backpacking ke Langkawi dengan membawa semua kepenatan, kerisauan, keseorangan tu semuanya berbaloi.

 
my first hostel for 3 days and 2 nights

Melati dorm ni walaupun dorm tapi setiap cubicle tu ada privacy masing-masing sebab di tutup dengan curtain. Dorm luas ada dalam 20 cubicle dengan pilihan Single Bed dan Bunk Bed . Aku pilih Single Bed RM35 per night. Selama aku travel, inilah accommodation yang paling murah sekali aku bayar. Apa lagi yang ada dalam dorm nih? Ada bilik solat, breakfast (roti & coffee buat sendiri), iron, hairdryer, toiletries, blanket, towel, ada locker, dan setiap cubicle ada power socket, lampu, shared fan & aircond. Tak payah on fan sebab aircond dia dah cukup power. Kalau hostel memang kena share bathroom, but don't worries 3 bilik air yang ada tu cukup untuk semua orang. Takyah berebut-rebut sebab perempuan tak normal mana nak mandi awal-awal pagi. Aku normal jadi aku selamat bab ini... takde siapa nak berebut. Solo female backpackers yang noob macam aku boleh cuba stay kat sini. Nak tidur tu jangan lupa baca doa tidur mohon perlindungan.

Next entry kita sembang hal aktiviti percuma kat Langkawi okeh. Yup percumaaaaa....... bajet ciput maaa.

Tuesday, February 9, 2016

Penang 2015 - Finale (Foods Heaven)

Assalammualaikum

Salah satu sebab aku suka datang Penang adalah makanan-makanan dia. Makanan tu biar murah dan nampak simple asalkan ada rasa, portion yang tak kedekut dan mengenyangkan perut suka hati. Setakat ini tak pernah lagi dikecewakan dengan makanan belah-belah utara nih. Sebab tu aku tengok ramai yang sanggup beratur panjang demi sesuap nasi. Hairan.... hairan....

Aku senaraikan tempat-tempat harus datang untuk mengisi perut. Travel tak sah tanpa makanan tempatan tapi make sure makanan tu halal lagi baik jangan sampai memudaratkan. Penang kecil jer bhai hang pi Waze kat mana nak makan inshaAllah sampai.

1) Sarapan di Pasar Taman Tun Saardon

Baru 2 kali makan kat sini dan selalunya datang pagi Ahad. Punyalah ramai orang, bukan penduduk tempatan ajer kadang-kadang riders yang konvoi reramai tu pun ada, bikers pun sama, backpackers apatah lagi. Femes sangat dah Pasar nih. Datang sini kena cuba Moi, Serabai, Sandwich ketam, Nasi Lemuni aaaaa.... banyaklaa lagi. Keunikan makanan kat pasar ni, semua makanan dia sedap dan murah. Jarang aku dapat makan sarapan yang betul-betul mengenyangkan perut. Ni jenis tukang masak dan peniaga yang ikhlas berniaga.

2) Nan Tandoori at Kapitan Restaurant

Bergetar perut tengok chicken tandoori dia weh... baru tengok belum rasa. Ini pun amik nan kosong jer dah cukup. Ayam lembut dan diperap secukup rasa, di panggang penuh kasih sayang, kuah dal dan apebenda yang hijau tu aku tak tau rasanya masam-masam, ada lime skit kut dan manis. Dengan bawang segar. Makanan terbaik, servis sikit kurang. Dan ada hiburan percuma di luar restoran, kitaorg jumpa few 'orang kurang siuman' tapi mereka tak kacau sesiapa. Mereka membebel tak tentu hala sepanjang kitorang makan. Terhibur...

3) Restoran Hameediyah.

Restoran ni tiada dalam itinerary, datang sini setelah direkemen oleh peniaga kain kat Chow Rasta. Kebetulan dah dekat jadi kami pun singgah dan tertanya-tanya sedap sangat ke sampai ramai yang sanggup beratur panjang? Uniknya restoran ni, ada dua lot kedai dalam satu block yang sama tapi terpisah dengan 2 ke 3 buah kedai lain. Order makanan kat lot kedai yang pertama, bawak makanan yg dah di order tu makan kat lot kedai kedua. Jadi kau kena pandai susun strategi. Strategi kitorg haritu tapau makan kat hotel. Sekarang percayalah tiada yang mudah demi sesuap nasi. Ada nasi kandar, nasi putih dengan pilihan lauk-pauk, air mojito dan murtabak

 Empayar Hameediyah
 tak sangka aku ada kesabaran beratur gini panjang
 Murtabak

4) Sup Hameed 

Sila lengkapkan itinerary ke Penang dengan singgah ke Restoran Sup Hameed. Rasa sup ni dari 3 tahun lepas sama ajer aku rasa. Tak berubah dan tak jemu di makan. Banyak branch Sup Hameed ni, kalau nampak signboard Merah Jambu, staff pakai uniform Merah Jambu... maka Sup Hameed lah tu. Apa kau fikir Merah Jambu hanya milik Dato' Vida? Sup daging yang simple dengan sepotong roti lembut dan side order murtabak daging. Boleh pilih nak sup Ayam, Kambing, Lembu, Perut, Ekor, Lidah, Burung Puyuh.

5) Restoran Aur Gading Mee Udang Sg Dua
(terpaksa aku google nama restoran ni, kakak mudah lupa)

Yang ini jauh sikit dari Georgetown. Kat Jalan Sg Dua, area nak ke Kepala Batas sana. Dekat dah dengan rumah mak menakan kat Bertam nun hehehehe. Terbaik punya Mee Udang, udang fresh, besar gedabak, makan dua ekor udang ni kenyang sampai ke Kuala Lumpur. Tapi mahal sikit so sediakan bajet yang cukup. Sup ketam dia pulak, manisnya isi ketam. Semangkuk sup kongsi 4 orang, cukup untuk semua. Total makan 4 pinggan mee udang, semangkuk sup ketam, semangkuk kerang rebus dan air sorang segelas RM123.50. Kena sembelih kah?.... Entah lah nak, asalkan masakan dia sedap.

 harga ikut berat si udang
RM18... ingatkan sup ketam yang mahal. rupanya tidak

Aku rasa kalau aku jalan-jalan lagi ke Penang mau aku datang makan kat tempat-tempat yang sama nih lagi. Sebab mengidam makanan kat sini tak leh hilang laa. Breakfast kat Pasar Saardon tu especially, bertahun-tahun ingat lagi kesedapan Moi. Ohhhh Moi takde gambar tak sempat snap terus balun panas-panas tu. Ada banyak lagi restoran yang sedap. Nasi Kandar aku tak minat sangat sebab tu tak pergi Nasi Kandar Beratur atau Line Clear. Tapi Line Clear patut dah boleh pindah ke tempat lain kut yang lagi besar dan selesa. Takkan tokeh Line Clear tu tak kaya-kaya kot... invest laa sikit. Nasi Kandar Beratur Original nampak laa haritu, depan Masjid Kapitan memang ngeri punya beratur. Orang yang beratur jer dah 2 khemah, tepi jalan lak tu.. Tah apatah rachiew nasi-nasi kandar ini. Dah itu jer kisah Penang, harap korang kenyang.

Sunday, January 31, 2016

Solo Backpacker Wannabe

Assalammualaikum

Semenjak dua menjak dan tiga menjak ni aku selalu tengok travelogue "Kembara Backpackers Bersama Moji". pelat huruf 'R' dia mengingatkan pada diri aku sendiri masa zaman kecik-kecik dulu. dah laa nama aku banyak huruf 'R' bayangkan macam-mana aku sebut nama sendiri dulu-dulu?. macam nieh 'ghaghizawati' hahahahha... pastu aku berazam nak sebut 'R' betul-betul. kalau tak aku pun jadi macam Moji heheheh dak bukan nak kutuk Moji, comel apa pelat-pelat nih. bukan saja buat-buat kan, dah semulajadi.

dalam pelat-pelat Moji ni, best gila kut travelogue dia. ingat senang nak shoot sambil kembara bawak backpack besar gedabak, sesat sana sini, nak transfer dari satu tempat ke tempat lain. tapi entah kenapa aku rasa seronoknya tengok mamat nih, exciting nye kembara dia, eh dia boleh buat aku pun boleh kut. dari situ terus berazam nak betul kan sebutan 'R' si Moji. ehhh tak tak biarkan dia kembagha.... eh.

aku berazam nak follow step si Moji ni dan menghasilkan impian 'Kembara solo backpackers wannabe bersama Kakak'. heheheheh maka atas izin Allah dan izin mak bapak (walaupun aku bgtau last minit) maka terjadilah satu sejarah utk aku travel alone ke Langkawi. tempat yang aku agak familiar, selamat bg aku, tak perlu nak keluar masuk Immigration. makanan & bahasa yang sama, Malaysia kan.

aku letakkan kembara solo ni sebagai mission sebelum cecah umur 40 tahun. sebab tu ianya terlaksana dgn agak cepat juga sebab angka 40 tuu tak lama pun lagi. hehehheheh.......

takde plan yang gempak sangat pun. yang penting kena study tempat yang kita nak pergi tu. banyakkan bertanya atau google pengalaman-pengalaman backpackers sebelum ini. cari maklumat tentang transport dari satu tempat ke tempat yang lain. berapa tambang, schedule ferry, cari hostel murah tapi selamat dan bersih, apa attractions tempat yang nak pergi tu. tema apa yang korang nak samada pulau, pantai, outdoor activity, jalan-jalan cari makan, shopping, lawatan sambil belajar... hmmm senaraikan ikut kegemaran sendiri. sendiri disini tiada campur tangan orang lain, maka kau bebas cipta tema percutian kau. wooohoooooooo....

seronok sebenarnya travel solo nih. paling seronok bila jumpa strangers, sembang dgn strangers, bertukar-tukar pengalaman, bersibuk-sibuk teka umur dan tertanya-tanya eh dia single lagi ke camne? ehhh tak laa... tapi tu lah bila travel sendiri automatic kita pandai cari kawan nak ajak sembang. dengan pakcik teksi pun boleh menyembang hal padi, tebu, harumanis. bila travel dengan kawan-kawan, geng kita kelompok itu sahaja. tak fun sangat sebenarnya sbb kau dah tahu background & pengalaman hidup kawan kita tu. tapi ini pengalaman seorang taxi driver, tak sama kut dengan orang yang kita pernah jumpa sebelum ini.

Since aku masih noob dengan solo backpack ni ada baiknya aku kongsi sikit tips dari kacamata single traveler seorang perempuan yang nubis, kubis dan kudis ini..... untuk rujukan masa depan.

  • pilih destinasi yang kau rasa selamat, sesuai, selesa untuk travel sorang2
  • plan itinerary yang simple. jgn tamak nak cover seluruh area dah otai nnt bolehlah cover satu negara
  • study tempat yang nak dituju. jarak perjalanan dari satu point ke point yg lain supaya kau ada gambaran tempat & anggaran masa. sekarang kan dah ada google maps.. senang sikit
  • dah kembara solo kena pandai buat bajet utk makan, transport, accommodation, shopping etc.
  • pilih bajet hotel ikut kemampuan, kalau nak stay hostel bg perempuan sila pilih Female Dorm (tanya property owner ada bilik utk solat tak)
  • jangan terlalu jujur dengan strangers, bukan suruh menipu... tapi contoh kalau org tny "dtg sini ada keje ke kak"... kau iyekan ajer laaa hehehehe utk keselamatan
  • pergi ke tempat tumpuan pelancong, jgn pergi celah-celah lokasi yang takde orang sangat
  • elakkan keluar malam-malam sampai ke larut malam
  • kalau jumpa solo traveler buatlah dia jadi kawan, at least boleh juga plan aktiviti sama-sama atau boleh share transport dan share pengalaman. tapi agak-agak juga dlm berkawan tu
  • datang tempat orang jgn sombong, cuba bawa bersembang dan banyakkan bertanya dgn local people kat situ. dorg ni lebih tahu tentang tempat mereka berbanding kita
  • paling penting jaga barang-barang yg anda bawa. sbb bila travel dgn kawan2, kalo ada barang tercicir / terlupa bawa...  kawan masih boleh tolong tapi kalo dah travel alone? hmmmm...
saat keluar jer dari rumah untuk mulakan pengembaraan, teruslah belajar biasakan diri adapt dgn suasana baru. tukar pemikiran dan lari cepart-cepat dari comfort zone. sebab kita tak tahu apa yg bakal kita lalui. mungkin train delay 2 jam, mungkin tiket feri dah habis, mungkin tak jumpa hostel. jadi bertabahlah sebab jalan ini yang kau pilih, lalu Jalan Terus!

Monday, January 25, 2016

Post Travel Depression (Langkawi)

Assalammualaikum

Aku ada pengalaman best nak share kat blog, jadi sebelum aku terlupa dengan pengalaman yang paling best dalam sejarah kehidupan aku ni, lebih baik aku blog cepat-cepat. Walaupun apa yang aku nak tulis ni, bukanlah itinerary trip ke Langkawi. Ini lebih pada post travel depression atau dalam bahasa melayu nya tekanan setelah melancong? Haa gitu laaa

Dulu aku tak percaya dengan perkara ni, mana ada orang pergi travel best-best lepas tu bila balik dia rasa down. Mestilah rasa lebih semangat nak rajin-rajin kerja, kumpul duit dan plan next trip yang lagi best. Sebelum ni itulah yang aku rasa..... pergi travel, kumpul keriangan, pengalaman di tempat orang, shopping apa yang takde ditempat sendiri kemudian balik dan teruskan hidup macam biasa. Itu perjalanan sebelum ini bersama beberapa kumpulan kawan-kawan.

Tapi kali ni lain...... aku rindu excitement sebuah perjalanan yang aku susun secara sendirian ke Langkawi selama 4 malam 3 hari tu. Ye sendirian, travel solo, sorang-sorang. I am officially a solo backpacker wannabe KAHKAHKAH. and Alhamdulillah am survived. tak pernah fikir aku mampu travel alone, sebagaimana aku tak pernah fikir aku akan mengalami post travel depression ni. Kau tahu..... it's anti climax. Sebelum travel tu aku dah plan itinerary, buat plan A & plan B, aku beranikan diri stay kat dorm (yang aku was-was selamat ke tidak), terfikir-fikir mampu ke aku mingle around dengan strangers. Dan bila balik ke tempat asal aku rasa down pasal melalui rutin yang sama.

Gembira tu ada, sebab dapat jumpa family, dapat baring atas katil yg lebih selesa, dapat buat aktiviti harian macam biasa.... tapi tetap anti climax. Dan takde siapa faham apa yang kau lalui, sebab kau travel sorang. Dorang tak tahu keseronokan pengalaman yang kau lalui, perubahan yang kau lalui, macam-mana berdikari nya kau di tempat orang, bagaimana kau bercampur gaul dengan strangers. Semua tu kau rasa sendiri dan kau berharap bila kau balik ke tempat asal semua orang pun akan melalui perubahan. Tapi tak, mereka melalui rutin sama sebelum kau pergi tinggalkan mereka 4 hari lepas.

Tapi itu bukan salah & masalah mereka. Itu masalah aku yang aku namakan post travel depression. Kalau travel with group of friends takde rasa begini. First time rasa begini sebab first time travel alone. Tak mengapa, akan ku cuba atasi rasa down ini.

Paling hebat rasa rindu kat orang-orang baik hati yang aku jumpa sepanjang perjalanan. Rindu ombak, laut, mangrove, sunrise, sunset, pasir pantai, semuanya yang aku tinggalkan yang aku akan jumpa entah bila, bergantung pada apa yang telah dirancang oleh Allah. Kita plan, Allah pun plan dan plan Allah lebih baik. Yang aku belajar dari perjalanan solo ni, semua orang sedang struggle dengan masalah masaing-masing. Tapi semua orang seboleh mungkin, cuba menikmati kehidupan yang Allah dah bagi pinjam setiap hari.

Cubalah senyum pada strangers, berkata dan bersangka baik pada strangers, hati-hati itu perlu tapi bila kau cuba bergaul sikit-skit dgn dorang kau rasa hebatnya mahkluk yang nama manusia ni. Sama.... tapi pelbagai.  Be strong.

terbang

Sunday, January 17, 2016

Penang 2015 - Part 3 (Art Street)

Assalammualaikum

Dah masuk part ke-3 Penang Trip 2015 nih, berdoalah mintak tak meleret entry ke Penang nih, takut nanti mendatangkan kebosanan pulak. Kali ni kita jelajah Art Street celah-celah Armenian Hotel tu. Hotel yang kami duduk nih memang senang nak ke Art Street. Kalau rajin dan penuh semangat nak bergambar kat semua mural kat area Georgetown ni, amiklah peta kat lobby hotel tu. Ikut peta tu pergi jejak semua mural. Jalan kaki atau sewa basikal, 3 seater bicycle, beca ikut suka. Jelajah setiap lorong dan bergambar sepuas-puas hati macam esok tak mai Penang lagi.

Kami nih takde laa nak jelajah semua mural kat Georgetown tu. Lagipun dah tak sesuai dah nak bergambo sakan macam anak-anak remaja sekarang hahaha. Nak pura-pura posing bagi nampak real dan match dengan setiap mural tu pon dah tak mampu. Kena gelak dek orang jer nanti. Tapi kadang-kadang bila dibagi peluang, terlebih pulak posing nya. Ahhhhh sudah laaa... jadi kakak prefer amik gambo mural jer dan sesekali terselit gambo kakak kakahkahkah

kebanyakan mural disini dijaga dengan baik.
belum tercemar dengan vandalism.

malas jalan kaki, naik beca. tapi beca sini best aman jer.....
 takde pasang lagu kuat2 dan takde hiasan bunga setaman

old building. old is gold bebeh

owl dari rangka beskal

owl yg memahami adalah owl yg pandai berdiri

pussy cat yg pussy adalah yg pandai bermain hula hoop

gadis sopan

Selain daripada mural jalanan ni, korang boleh juga pergi ke Penang 3D Art Museum atau Made In Penang Museum. Fungsi dua tempat ni sama jer... bergambar laaa bagai esok kamera kau rosak. Kami pergi ke Made In Penang sebab 3D Museum tu sesak sgt. Dari luar museum queue dah panjang, kat dalam macam sardin, parking takde so kami amik alternatif lain masuk Made In Penang. Jarak antara dua tempat ni dekat jer, pusing-pusing kat situ jugak. Sebelum entrance ke Made In Penang ni pun dah banyak mural, korang boleh posing free-free kat situ. Nak masuk dalam tiket RM15. 

Penang Amazing World, sebelah Made In Penang Museum tu.
entrance fee not sure berapa. kami lalu amik angin.

 berkelah di lokasi tipu daya

 sambil tu bagi monyet makan pisang dan celup tangan dlm air terjun.
uiiiiiiii sejuk nya air terjun
 
aisehhhh tak jadi lak aksi kakak

 dua aksi yang tak perlu difahami

 nasib baik ada sekeping dua gamba yang menjadi

mural yang paling femes. 

Not bad jugak tarikan di Art Street Penang ni. Yang pasti dengan adanya mural-mural di sekitar lorong bandar Georgetown ni dah membantu orang-orang yang duduk disekitar kawasan ni menjalankan perniagaan. Bayangkan ice kepal yang biasa-biasa tu pun boleh laku keras sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Souvenir / merchandise art street pun jadi pilihan. Cuma tempat ni sesak sangat sebab jalan kecik-kecik kan, nak-nak during peak season. Bawak lah air kosong, panas weh Georgetown ni dah dekat dengan jeti kott.. haba laut naik sampai ke muka.

Ok Part 3 berhenti kat sini, part 4 akan menyusul dengan hashtag Penang Food Heaven!
Daisypath Friendship tickers